MAMA.....N.Ai.M.

di sini segalanya terhimpun...

Sunday, March 25, 2007

hai

asalamualaikom semua.

teketaq-ketaq mama nak menaip ni. al-maklum.... semangat pon dah turun naik. semput segala segi. camana pon mama tetap nak "breaking your personal best!"

alhamdulillah. segalanya dah semakin ok. samaada bagi diri mama, N.Ai.M., en.A, suasana sekeliling, masyarakat jugak, cumanya ada satu je lagi. kestabilan ekonomi kami agak goyang sikit. mama percaya semua kita akan menghadapi keadaan ini tambah2 zaman gawat ni. sapa kata tak gawat? dia memang baru hidup. roda tu berputarkan. mama yakin kat en.A.

esssh.......apa yang mama merapu lagi ni

ok mai dengaq apa mama nak gebang skit. pasai kehidupan seharian mama kat sini. dah jadi orang kampung la nak katakan.

lebih sibok. lebih kalut. tapi takpa sebab mama suka kalut-kalut ni. masa cuti sekolah baru ni. sepanjang masa cuti penuh dengan jemputan kenduri. sampai nak bawak N.Ai.M. 'buangmasa' pon tak dan. tu masa cuti sekolah. kalau time tak cuti lak, mama masih kalut dengan kenduri gak. kenduri baca yassin. boleh kata dalam seminggu mesti ada satu. kadang2 tu sampai 2x. hari ni pon ada gak. pukul 3.00ptg sat gi. satu lagi masa kat kl nu mama memang tak berkesempatan nak pi dengaq orang mengajaq. la ni pulak mama sampai tak dan nak cekop. banyak pulak pengajiannya. kat kampung mama je selang sari ustad mai mengajaq. (baca kitab..samaada tauhid, fekaq, tafsir..macam-macam ada) tu baru kampung mama. belum campor ngan tempat2 luar (contoh; pondok bonda)yang jadi antara pilihan mama. hah...satu lagi kegiatan luar yang memang mama tak dapat elak dah, bila ada kematian dan keuzuran sesapa pon baik kawanrakan apatah lagi sahabathandai. sahih kena pi ziarah. isnin lepas mama kalut ke pantai merdeka bila ada bapa saudara meninggal dunia. pagi-pagi awai sungguh. bonda pon belum balik dari solat subuh di masjid lagi.

oleh sebab kat sini mama dah agak terkenai..cewah...ada 2,3 orang menggunakan khidmat mama untuk ke sana-sini. yang ni memang mama suka la. dapat duit. hehehe. bila ada satu-satu tempat yang nak kena pi ramai-ramai depa akan mintak nak guna kuda mama tu. jadi ikut jarak la. kalau jauh skit lebih la sikit tambangnya. bukan mama yang tetapkan. sebab mama memang tak tau langsong rate kat sini. semua atas kepala ketua perjalanan tu. kalau sorang rm10 kira la kalau 6-7 orang. fuyoh...kaya sekejap weh. hihihi

apa yang mama cerita tu baru kegiatan mama kat luaq. tak masuk lagi bab rumahtangga yang mama kena uruskan. kalau rumah sana (kinrara) mama cuma jaga dalam je. mai rumah kampung ni...jenuh la. kat dalam tak seberapa. habok pon nipih je. yang letih amatz kena projek kat luaq. laman depan..kebun belakang ya ALLAH! bayangkan rumput rampai nya. kalau boleh buat sayur kat baguih.

pasai N.Ai.M. lak. tercapai jugak hasrat depa nak timang anak. dulu tak bole. en.A tak bagi. pakat ada sorang dua plak tu. dah jadi tokwan mama la ni. kalut ngan tambah-tambah ni. kena tanya dah bagi makan ke belum. bila dah malam kena tanya dah lepas luaq ke belum. sekali-sekala nak kena mandi kan cucu2 tu lak. tapi camana letih pon syok jugak bila tengok depa lompat sana, lompat sini. main lintangpukang. bagi apa pon main je keja depa. comel sungguh anak-anak kucing tu. 6 + 1 ibu semuanya. nak pi mana pon kena usung. sayang ooo nak tinggal.

sekali sekala mengabihkan masa depa senang je. tak mengabihkan rm pon. angkut je pi sungai atau laut. cukup enjoy! dengan mama sekali enjoy habih. tambah-tambah bila pi, siap masak makan tepi sungai lagi. fuyoh! tak lama lagi satu lagi kegiatan akan bertambah. bagi untuk diri mama atau anak-anak. library yang mama cerita dulu dah 40% siap dah. teringin sungguh nak kerja kat situ. kalau la dapat keja hai...kena la mengimbau zaman-zaman di lib um dulu.

rupanya banyak seronoknya di sini. mama je yang susah nak 'terima'. terutama waktu menjelang malam..sunyi je..hening je. okey ...cukup dah meleret ni. si amir dah merenget nak tu..nak ni. masih di cc...berumahtangga di sini..hihihi

Wednesday, January 24, 2007

detik demi detik

asalamualaikom semua. semua yang masih sudi melayari belog mama ni. tuan belog yang tenggelam timbul. harap tidak ada yang melupakan mama. mama harap sangat supaya terus sudi ke mari supaya apabila streamyx dah jadi family mama balik, itu jam mama akan jadi blogger tegar semula..hihihi

alhamdulillah masa sedikit demi sedikit mengubat hati mama. nak kata sepenuh tak, setengah pon tak tapi adalah 20-30% kot. jadilah..mama harap ianya akan terus terubat.

mama ngan hubby dalam usaha untuk 'mengonline' semula streamyx ke rumah kampung kami. semuanya kena bermula ngan yang baru. talian talifon pon tak dak lagi. segala perkakasan komputer masih ada di kinrara. satu je masalah kat sini. kabel selalu kena curi. pi mana pon kat kawasan kampung. tak kira kampung mana pon dalam kedah ni sahih masalah ni ada. talian talipon ada 1-2 hari takdak balik 2-3 minggu. memang haru. kesian kat kami..kesian kat tm kan. kalau mama guna lain dari pc kesian kat anak-anak lak.

la ni hubby ada di kl. menguruskan kerja-kerjanya. pesan mama 'komputer bang..komputer bang..' sat gi nak antaq peringatan kat dia. dia tu pelupa orangnya.. :)

N.A.i.M. mama nampaknya seronok sekolah kat sini. lebih-lebih Ainin. cumanya bagi naim macam mama jugak, agak perlahan nak terima. nasib baik padang bola kat sekolah dia dapat membantu. tiap-tiap petang dia pi sekolah. main ngan kawan-kawan yang dok kat asrama sekolah tu. dia pon dah ura-ura nak dok asrama gak. abah dia memang setuju sangat dia dok asrama. kalau naim serius alamat lagi susah la mama nak berkata-kata ngan perasaan ni. amir memang langsong tak dak masalah. bagi dia ada tempat melompat dah cukup.

bila mama dah mai kat cc ni, rasa nak berumahtangga kat sini lak.haru...haru..

Friday, December 15, 2006

segala rasa....

semalam mama dah pi tengok sekolah untuk naim dan ainin. minggu depan nak pi tengok tadika untuk amir lak.

nampak gayanya dari ayat di atas makanya hampir rasmi la mama akan bermastautin kat merbok ni. kalau ALLAH dah tentukan rezeki mama kat sini segalanya mama terima dengan syukur alhamdulillah.

perasaan mama....

hanya ALLAH yang tahu bagaimana resah, sedih, pilu bercampur baur dengan segala rasa. gembira adalah sekelumit agaknya. betapa setiap waktu setiap detik mama dok pujuk hati supaya tidak terlalu mengikut perasaan. airmata tak kering di pipi. bagaimana mama nak menghilangkan segala kenangan segala perasaan segala penghidupan yang mama tempuhi selama di sana.

tak tau mama nak susun kata..hanya segunung sedihpilu yang ada sekarang ni.

ya ALLAH kuatkan tabahkan .........

Tuesday, November 28, 2006

rindunyaaa

jenuh mama nak pujuk hati rindu ni. layan pi sana..layan pi sini..tapi tak jadi jugak. cybercafe yang ada di merbok ni cuma satu. hari-hari mama mai dok ulang tapi pintu kedai dia dok katup je. rupanya tokey tu pi kerja luaq. ada service kat sekolah. tak dak orang nak ganti. alahai...

merbok??? mama balik merbok, kedah. cuti bermula ja mama dan N.Ai.M. pon berangkat balik ke merbok dengan dihantar oleh en.a.

keberangkatan balik (cewah...) mama ke sini atas sebab-sebab berikut:

1. bercuti
2. berhariraya haji
3. mengabiskan masa
4. carik peluang bisnes (tolong huby)
5. dan yang penting sekali...
6. cuba-cuba hidup di kampung

penjelasan bagi no. yang berkaler tu.

mama ngan huby merancang untuk berpindah hidup ke merbok. dengan cara dia berulang alik dari kedah ke kl mencarik rezeki. yang tinggal menetap di sini mama ngan anak-anak la. semuanya ni adalah kerana

1. rumah dah ada dan tak dak sapa nak jaga
2. naim pon nak bersekolah di sini. kalau tak taun depan pon insyaallah 2008 dah tentu dia nak bersekolah di sini. telah ada sekolah yang akan ditempatkannya.
3. begitu jugak ainin, dia pon syok sangat2 nak sekolah kat sini.
4. kos sara hidup yang meninggat kat kl nu..tak tahan dah mama
5. banyak lagi sebab yang bersangkot paut sana sini. berselirat kepala otak mama nak memikirkannya.

tapi masalahnya...

huhuh :( baru 4 hari en.A tinggalkan kami kat sini..mama dah macam ulat kepanasan. tak senang dok. 2 hari lepas mama demam rindu punya la teruk. tu satu hari 2,3 kali talipon tu.

macamana nak tetap di sini dengan dia kat sana.

macam pengantin baru mama ni kan. buat malu je.........

rindunyaaa

jenuh mama nak pujuk hati rindu ni. layan pi sana..layan pi sini..tapi tak jadi jugak. cybercafe yang ada di merbok ni cuma satu. hari-hari mama mai dok ulang tapi pintu kedai dia dok katup je. rupanya tokey tu pi kerja luaq. ada service kat sekolah. tak dak orang nak ganti. alahai...

merbok??? mama balik merbok, kedah. cuti bermula ja mama dan N.Ai.M. pon berangkat balik ke merbok dengan dihantar oleh en.a.

keberangkatan balik (cewah...) mama ke sini atas sebab-sebab berikut:

1. bercuti
2. berhariraya haji
3. mengabiskan masa
4. carik peluang bisnes (tolong huby)
5. dan yang penting sekali...
6. cuba-cuba hidup di kampung

penjelasan bagi no. yang berkaler tu.

mama ngan huby merancang untuk berpindah hidup ke merbok. dengan cara dia berulang alik dari kedah ke kl mencarik rezeki. yang tinggal menetap di sini mama ngan anak-anak la. semuanya ni adalah kerana

1. rumah dah ada dan tak dak sapa nak jaga
2. naim pon nak bersekolah di sini. kalau tak taun depan pon insyaallah 2008 dah tentu dia nak bersekolah di sini. telah ada sekolah yang akan ditempatkannya.
3. begitu jugak ainin, dia pon syok sangat2 nak sekolah kat sini.
4. kos sara hidup yang meninggat kat kl nu..tak tahan dah mama
5. banyak lagi sebab yang bersangkot paut sana sini. berselirat kepala otak mama nak memikirkannya.

tapi masalahnya...

huhuh :( baru 4 hari en.A tinggalkan kami kat sini..mama dah macam ulat kepanasan. tak senang dok. 2 hari lepas mama demam rindu punya la teruk. tu satu hari 2,3 kali talipon tu.

macamana nak tetap di sini dengan dia kat sana.

macam pengantin baru mama ni kan. buat malu je.........

Friday, November 17, 2006

ihtifal ainin


mama cukup suka kalau ada aktiviti kat sekolah anak-anak. la ni dah ada 2 sekolah yang mesti mama libatkan diri. SRIP untuk naim dan PASTI untuk ainin. kalau ada apa-apa hal walaupun kecik mama mesti hadirkan diri. rasa rugi kalau tak pi. tapi kita merancang. ada sekali tu pada hari dan waktu yang sama, sekolah naim buat majlis penutup amal islami, tadika ainin lak buat minggu kesihatan. nak tak nak kena la mama ngan en.A buat pilihan. oleh kerana en.A selalu tak sihat (heheh...) mama dengan rela hati pi sekolah naim. syok la huby sebab ada 3 doktor kat tadika ainin. dia dapat hadiah lak tu sebab dapat jawab kuiz yang disediakan dalam program tu. ikhlas tak mama ni...kena tuntut ilmu ikhlas kat pakaji romli nampak gaya. ~huhuh sedih sebab ibuendang tak jadi kawin ngan dia~

melalut mama ni..balik pada entry di atas. pada sabtu lepas 11Nov. PASTI ainin mengadakan majlis ihtifal (konvo). ~pon jatuh hari dan waktu yang sama ngan SRIP naim, majlis ilmu + majlis hariraya. mama pi dua-dua sekali, tapi lama sikit kat PASTI~ alhamdulillah ainin dapat tempat ke-2 dalam peperiksaan akhir tahunnya. tak sabar-sabar dia menunggu hari. hari-hari dok tanya 'mama, berapa hari lagi?' bukan pasai dapat hadiah tapi nak naik pentas. nak nyanyi. ainin ni orangnya suka glamour lebih. hihi...


PASTI ainin ni namanya BESTARI. masa mulanya mama ingat BESTARI diambil dari perkataan best. mungkin hendaknya depa supaya segalanya dapat jadi sebaik perkataan best. rupanya maksud BESTARI ~Bersama Sertai Tarbiah Islam~ baru la pakat-pakat kata 'oooooooooo....' ni la dikatakan belajaq tak berguru. heheh..... main paham sendiri, tak bertanya.

tadika ni baru berusia setahun tapi pencapaiannya hebat. juara futsal peringkat daerah. dari segi akademi pon boleh tahan pencapaian anak-anak yang diasuh. tenaga pengeraknya propresional. cikgu2 yang mengajar semua lepasan universiti. UM. semoga PASTI ni terus BEST!

ni la yang dia dok tunggu-tunggu tu. dengan sepenuh hati dia melagukannya. best jugak suara anak-anak ni. memula bertabor jugak tapi bila tiba lagu last (3 lagu dibawa), lagu Selamat HariRaya rancak je dengarnya.

la ni bila dengaq je lagu 'Subhanallah' kat radio (IKIM selalu ke udarakan lagu ni) dia mengaku 'eeee...lagu akak, lagu akak', hihi... perasan lak anak dara mama ni.

tengok gambaq - budak perempuan steady je, yang lelaki 'sana-sini' kan. memang lumrah alam kot :)


anak sapa ni? (ikut irama iklan tv9)mama kagum sungguh ngan makayah dia. baru 5 tahun dah pandai baca al-Quran. yang tudung putih tu bacakan terjemahannya. yang tudung pink tu...sahabat kita. tukang teman bebudak. heheh..

tu la rupa pentasnya. tak la sehebat mana, cuma persembahan yang diadakan hebat-hebat. ada lakonan, ada nasyid berkumpulan. dan yang best ada bacaan puisi agaknya dari kawan cikgu-cikgi tadika ni. ye ke riyadh?


yang pakai baju kuning tu namanya Us.Nasir. dia ni top kat Selangor/KL ni, terutama area Puchung-ShahAlam. takzirah yang dia beri cukup menarik dan menyentuh. bahasa dia mudah. mama suka kalau dengaq dia ceramah tambah-tambah dengan wajah yang tak jemu dipandang tu, heheh...

hari tu dia bagi takzirah macamana nak didik anak-anak. macamana nak bergaul dengan anak-anak. dia beri penekanan tang bab bermain dengan anak. pentingnya bermain dengan depa. jangan dok sibok suruh belajar je..macam mama ni.

ni salah sorang dari anak kawan mama. (ada 2 anak dia kat PASTI ni) boleh tahan jugak pandai dia. periksa 2x berturut dapat no.2. kat belakang tu ayah dia. semua anak-anak yang akan bersekolah tahun depan diiringi oleh ibubapa naik ke pentas. mama suka nama dia. Nadhir al-Khattab. jarang ada nama tu kan.

hihi..mama ainin pon sibok nak bergambaq jugak.

gambaq yang cerita pasai us.nasir tu kan nampak kerusi kosong. sebenaqnya banyak yang dok belakang. mama heren gak kenapa orang kita suka dok belakang-belakang. sekali lagik, lumrah alam...

yang dok senyum lebeh tu la mama al-khattab :D, ina...ina...

Thursday, November 16, 2006

tag sana tag sini

ingat hari ni nak buat entry pasai majlis ihtifal (konvo) ainin, tapi kena tag ngan yus pulak. ni la firstime kena tag. bunyi 'tag' tu cam seriau je, tapi mama rasa syoik pulak..kenapa ye? heheh...

ni la dia...

5 things i would like to do if i were a millionaire:

1. langsai segala hutang-piutang - en.A banyak buat hutang, mama suruh :D
2. pusing keliling dunia dan dah tentu pi haji bawak segala kaum kerabat
3. buat kebajikan - bina masjid, rumah anak yatim
4. beli balik rumah bonda dan ubahsuai bagi jadi gah! bagi kalah itu dato-dato. hahah... (gelak set*n ni)
5. shopping sepuas hati.
6. eh....sampai 10 tak leh ke? banyak lagi nak tulih ni.


5 bad habits:
~ ni yang tak syoik ni...tak baikkan cerita keburukan diri sendiri. hehe..

1. sambil tengok tv, suka raba muka sendiri
2. pantang nampak 'punat' kat huby ka, kat N.Ai.M ka, mesti nak picit kasi keluaq isi dia.(jerawat la, jeragat la, bintil ke)
3. suka suruh ainin belai/sikat rambut mama dia sambil mama dia baring-baring, try la... syoik ooo, tangan depakan halus je
4. suka ubah-ubah perabot. tak dan sebulan ubah, dah nak ubah balik
5. cepat nak hangin ngan N.Ai.M. tapi yang tak best cepat lak nak cool balik


5 things i hate doing:

1. gosok baju - huby cerewet bab highway-highway ni.
2. buat failing - dulu kerja pon jadi salahsatu tugasan dan dok umah ni pon kena buat jugak untuk hubby :(
3. kena jawab soalan pelik-pelik dari ainin ngan amir
4. kena panjat kalau nak ambik barang yang dok tinggi-tinggi. selalunya tunggu naim balik sekolah la.
5. cuci kipas


5 things i never do:

1. apa yek???
2. never do ni tak pernah buat ke atau tak akan buat?
3. macam ni la ye...umum je jawabannya
4. semua yang tak mampu buat. beli keinginan (bukan keperluan) yg mahal2, dok tempat mahal2 cam 5* hotel, melancong tempat mahal2, semua yang kena perabih duit la.
5. jenayah besaq yang mengakibatkan masuk penjara kot


5 things i regret doing:

1. beli karpet salah kaler ngan tema rumah
2. cat rumah kaler oren bali (tak senang dok selagi tak tukaq, la ni dah tukaq legaaaaaaaa)
3. marah naim tapi adik dia punya salah - tak pasal2 kena mintak maaf kat dia balik
4. serah bulat2 pada kontraktor buat kabinet dapor, dah siap tengok2 alakmak!! (mama kat kg masa tu)
5. dok kat kejiranan mama la ni (memasing buat hal memasing). tapi apa nak buatkan, dah rumah kita kena jugak la dok. nak pi mana lagi. ~akan aku balik merbok satu hari nanti~


5 fave toys or things:

1. vacuum. takdak ni jenuh mama nak 'cuci' rumah.
2. komputer/internet - tempat buang tension
3. pen ka pensel ka - suka na nak mencatit itu ini
4. tv beserta remote - ada satu hari tidoq kat pondok bonda tapi tv takda sebab dah kena pos ke merbok jadinya sanggup keluar duit pi beli tv sertamerta (hamba media betul la!)
5. jam. kerap nak tau, pukul berapa dah?


5 people i choose to do this:
~ yang best ni ~

1. naim - anak mama yang malas nak sapu sawang tu.. hehe nanti nak paksa dia.
2. nak tau jugak apa citarasa orang buku ni. jiwarasa
3. ummimon - dah kena ke belum?
4. orang dari negara kelahiran mama, D heheh.. bolekan?
5. ni yang best ni. riyadh, anakdara pulak tu. apa depa punya lingkaran hidup?

okeh yang kena tag tu, terima la dengan reda ya :)

Monday, November 13, 2006

jom tengok gambaq raya kami

orang dah nak habis raya mama baru nak tayang gambaq, kamera punya pasai. takpa la dari takdak langsong kan. jom jamu mata.

slide no.1
pagi raya





slide no.2
gambaq berkaitan ngan entry 31/10, kembalilah..


slide no. 3
beraya di rumah MIL dan tok di kodiang

slide no.4
beraya di rumah abang mama (tidoq situ)



dek kerna terlalu syoik beraya terlepas banyak aksi, tu aje koleksi gambaq raya 2006 mama.