jenuh jugak la nurse tu pujuk mama telan teloq tu. aiya..
menjelang 6.00 petang mama dah 'dibolehkan' untuk keluarkan si sulung ni. azabnyeeeeeeeee...heheh. masa tu selain ingat padaNYA mama, kalau boleh nak sungguh bonda temani mama. mama ingat sangat kat dia. nak kata mama ni anak manja tak la. tapi macam ni rupanya rasa dia. tu yang menyebabkan mama ingat kat bonda kot. hubby tak ingat langsong dah. kenkawan cam mana?
alhamdulillah apa yang mama takutkan tak terjadi. memang sepanjang dok 'baring-baring' tu mama mintak sangat jangan la mama jadi cam bekas jiran tadi tu. nauzzubillah..mintak dielakkan mama menjerit, melainkan keluaq perkataan ya ALLAH je. berlarutan la proses 'tu' hingga jam 8.00 malam. depa-depa yang arif tak leh tunggu lagi, depa kata. dah lama sangat ni. sang bakal ibu ni pon dah habis kederat dah ni. kita try cara lain lak. tak leh cara ni kita kena 'belah'. mama dengaq punya la takut. takut kena lapah.
dengaq je arahan dari yang arif, para pengikutnya pon pi la sediakan apa yang patut. dalam pada tu mama try lagi, sehabis daya, sehabis kuat kederat mama. siap je benda tu, depa bagi arahan kat mama,
'ok, sambil kami sedut, sambil awak tolak'. cam bunyi keje kontrak lak mama dengaq.
la ni tiap kali mama vacuum karpet, mama akan ingat bunyi masa kat labour room tu. sebijik cam tu bunyi dia kan..(rasa nak keluaq habis segala isi badan)
8.15malam - alhamdulillah, selamat semuanya. teloq tu pon selamat dok dalam ciktong!
bermula hidup dalam wad balik. 3 hari. sebenaqnya depa nak tahan lagi sebab si sulung dapat juandis. tinggi kadar kekuningan dia. kalau tak pasai depa nak tukaq (salin) darah dia mama tak haru lagi. ni depa dah buat keputusan nak tukaq darah si sulung tu. mama dah nangis balik, mama paksa en.A mintak jugak bagi dapat mama keluaq. tak tahan dengan kerenah mama, akhirnya dengan bertandatangan depa takkan bertanggungjawab kalau jadi apa-apa, 'kami' dikeluarkan. tak pa aku ibu dia, aku yang bertanggungjawab. nak jadi apa pon mama reda. lega sungguh mama rasa masa tu.
bila dah stay kat rumah, segala apa petua semua mama ngan bonda praktikkan. yang banyak mama amalkan, bagi dia minum susu kambing. yang mana satu yang menghilangkan juandis tu tak tau la.
sampai hari ke- 5 kami masih tak tau nak bagi nama apa. (mama&hubby tak prepare apa-apa nama sepanjang mengandung) banyak sangat pilihan nama. bingong. apa la yang ALLAH dah tentukan agaknya. sehingga la pagi esoknya mama tengok tv3. tak ingat mama iklan apa. tapi iklan tv3. apa promosi tah, berjalan seluruh negara. pas satu negeri..satu negeri depa sebut. tiap negeri disebut siap dengan darul-darulnya. mai giliran kelantan darul naim. mama dengaq je terus mama bekenan. mama sebut naim...naim...naim... saaaaampai malam dok syoik ngan nama tu. esok dengan rasminya si sulung bernama MUHAMMAD NAIM HADI.
orang kata naim tu dengaq lembut je. lembut nama je...bila membesar bagai johan, ya rabbi dia punya kuat melalak. pi mana-mana sora dia je yang dengaq. kuat sungguh dia menangis. kalau menangis volume kecik tak pa la jugak, ni volume sehabis volume. ada kes di mana hubby tak tahan dengaq dia teriak..dia lempaq naim atas katil dan jugak waktu kami dlm perjalanan ke terengganu, dia sanggup tadah kat luar keta tengah-tengah malam buta hujan pulak tu. geram punya pasai. hangat gak mama. tapi mama pon tak tahan dan tak tau nak buat apa. nangis terus-terus. kami risau sungguh. kami usaha macam-macam cara. tiap kali jumpa sesapa yang agak waraq kami mintak, supaya berkat doa depa pulih sikit tangisan dia. hubby masa tu kuat jugak dalam berpolitik ni. kami ada pi rumah kenamaan ni. ustaz jugak. dia pon siap 'hembus' kebetulan masa tu naim tunjuk kehebatan dia. ada satu ustaz siap tukaq nama dia. katanya HADI tu keras sikit bunyinya. dia tukaq KUSYAIRI. sampai la ni kalau jumpa ngan paksu din tu dia panggil Naim Kusyairi.
lama jugak teriakan naim kedengaran sana-sini. adalah sehingga umur dia nak masuk 2 tahun. kami dah mangli orang kata. lama-lama dia baik sendiri, cam kata ustaz2 tu 'takde apa-apa lah, budak ni cerdik je.' diamnya dia, risau pulak kami. dia berat mulut. nak dengaq dia panggi mak cukup payah. abah lagi la payahkan. sekali sekala dengaq, nikmatnya. berharga sungguh sora dia. kalau zaman sekolah dulu cikgu kita suka kata
'awat, dalam mulut tu ada ketui mas ka? takut nak bersora', tu dia kan berharga tu.. :D
selain berat mulut dia juga lambat tumbuh gigi. lopongggg je.. kahkahkahkah gelakkan anak sendiri lak.
tapi yang paling mama risau bila sehingga 2 tahun dia masih tak berjalan. jalannya tak normal. jalan pakai lutut (kepala lutut). sampaikan kepala lutut dia naik kematu. cukup laju kalau dia 'berlari' . jenuh jugak nak kejar. dia jadi perhatian kalau kami pi mana-mana. semua orang yang tak mengenal kami akan kata
'oooo cacat ka'. sedihnya mama. tapi bukan salah depa cuma jenuh nak explain. memula mama dan hubby buat tak tau je, mungkin nanti, nanti dia berdiri la.dan jalan sendiri. sekali-sekala syoik lak (punya la bodoh), banyak gambar jugak kami ambik untuk kenangan.. . sehingga la bonda mama ambik tindakan, dia kata tak leh jadi ni dah lama cam ni jugak. jom kita pi urut. kebetulan masa tu mama kat kampung jadi senang la. kami pi urut kat tok ni. tok ni kami panggi tok melah, dia ada kena mengena ngan bonda gak. masa mama jatuh tangga kecik-kecik dulu tok melah ni la yang urut bagi betui balik. bila kena urut naim punya la nangis kuat-kuat, sakit. tok kata lendir kat lutut naim dah kurang, dah nak keras dah. bonda sampai bernazar,
'naim kalau kau boleh berjalan, kita makan kambing'. bagai tak percaya selepas 3 hari berurut, macam petik-petik suiz naim boleh berdiri dan berjalan terus. bermula dengan paklong dia (abang hubby) sua tangan (capai tangan) kat naim. dan-dan tu jugak naim pegang tangan paklong dan bangkit berdiri dan melangkah. tak de la jalan betui, memula hengot-bengot la dulu. kami yang tengok ni punya la terkejut. macam satu majlis pertunjukan pulak rasanya sebab ramai sungguh yang ada dalam rumah MIL masa tu, termasuk bonda. jadinya nazar bonda terbayar esoknya. (jadi cepat sebab FIL ada bela kambing). nak laksanakan kenduri kalau kat kampung ni tak de masalah cam kat bandar. senang, cepat, mudah, selesai.
naim membesar dengan asuhan yang cukup kami jaga. maksud mama dari segenap segi. dari pemakanan hingga ke pendidikan. ya la semua orang nak yang terbaikkan. mama pi kerja bonda yang jaga. tapi mama memang tak suka bonda jaga, sebab mama fikir dah jenuh bonda jaga anak-anak dia masa kecik. ni nak jaga cucu lak. yang paling mama tak tahan bila fikir bonda kena basuh bila naim berak. ya ALLAH dulu dah 'main' taik ni dah tua nak kena buat lagi. mama cakap kasar sikit tang ni. tapi prinsip mama memang cam tu. tambahan bonda mama pon sibok dengan kerja-kerja dia yang lain. dia mengajar mengaji pagi-petang. kecik-besar. budak hingga dewasa hingga orang tua. dia sendiri kuat beribadah. camana nak tumpu pada naim lak. mama ngan hubby usaha carik orang nak jaga naim. satu hari mama ambik cuti dan pi survey orang-orang (information kenkawan ofis) yang memang kerja mengasuh. ya rabbi hubby punya la cerewet. (mama pon) dia tengok orang tu tak pakai tudung la, cara orang tu dok tak elok la, terkangkang je kata dia, rumah tak bersih la, macam-macam alasan dia. last-last kami tumpang kat rumah ustaz yang tukaq nama naim tu. isteri dia mengandung masa tu. mengandung anak sulung. jadi tak lama la kan, orang tu pon nak cuti jugak. kami bagi naim kat satu kawan hubby. isteri dia memang tak pernah jaga anak orang tapi anak dia sendiri ramai. bagus sungguh dia jaga sehingga la pihak UM mengadakan nursery untuk staf depa. mama salahsorang yang ambik peluang ni. senang mama pi jengok naim. kat situ pon depa selangkan dengan aktiviti pembelajaran. lama naim kat situ hingga la mama meninggalkan alam kerjaya. naim rapat ngan satu 'guru' di situ. dia panggil teacher endang. sampai mama dah berenti kerja pon sekali sekala mama pi situ bawak naim yang nak jumpa ngan teacher dia. la ni tak lagi, dia dah balik ke negaranya.
masuk alam pra-sekolah naim kami tempatkan dia kat tadika abim. mama la jadi dreba dia. bila di alam ni baru mama nampak perangai dia menyerlah. perangai yang amat ditakuti oleh kebanyakan ibubapa. LIGAT. semua ligat. cukup ligat. ligat tang akademi mama syoik. (dia boleh membaca akhbar seawal umur 4 tahun) ni ligat dari segi perbuatan, kelakuan. mak oii. subahanallah! tiap kali perjumpaan ngan guru mama cukup risau. mesti ada saja yang diadukan gurunya. siap tanya
'akak dulu mengandung dia kuat makan gula-gula ye, air gas ke'. satu lagi naim kuat mengusik. selagi budak yang diusiknya tidak menangis selagi tu la dia tak putus asa. ada mak budak tu adu kat cikgu, cikgu bagitau mama. mama tak tau nak buat apa. mama nangis kat hubby. hubby cool je..orang lelaki. cukup tenang. mama risau tak tentu pasal. naim buat budak tu menangis dan takut. hubby kata biasa la budak-budak. biasa dia kata..apa yang boleh mama buat, cakap, cakap dah. nasihat pon dah. marah pon dah. tibai pon dah. mama berserah sungguh. sampai la naim masuk ke alam persekolahan yang bukan main lagi. mama ingat nanti dia dah sekolah ni kurang la sikit. macam tu jugak. sapa tak kenal naim kat SRIP. sampai kalau ada majlis apa-apa orang akan kata
'ooooo ni mak naim'. apa la yang anak aku buat ni. mama banyak berinterasi ngan guru-guru kat situ. tambahan ngan pengetua dia. pengetua sekolah tu cukup hebat. sesiapa pon dalam Malaysia ni kenai bapak dia, selalu keluaq tv. sahih tak sangka anak dia jadi pengetua sekolah naim tu. macam mama yang dok teka masa mula-mula tengok dia
'macam siapa dia ni?' dia banyak nasihat mama. dia banyak motivated budak-budak. malahan dalam ofic dia banyak anugerah yang dia dapat bila dia pi 'motivasi' sana-sini. sekolah tu kuat dengan adanya dia. la ni dia sambung belajar lagi, tapi tetap pengetua situ cuma sekali-sekala je mai. dan bila kucing tak de tikus menari kan. ada 2 -3 masalah dah timbul...
itu di tahun-tahun awal dia di situ. la ni alhamdulillah mama cukup bangga dah walaupun tak sepandai anak orang lain dia tunjukkan ketokohannya, kehebatannya. dia hebat dalam menggunakan kelebihan yang dia ada dari awal kelahirannya. suara dia. dalam apa acara sekalipun dia akan menjadi tukang pimpin kumpulan nasyid sekolah tu. dia akan diwakilkan dalam pertandingan azan dan tahun lepas dalam acara khutbah jumaat bila JAIS menganjurkan AMAL-ISLAMI. samapai mama ada tanya ' sekolah ni menggunakan naim kan?' heheh :) kalau dalam peperiksaan bagi mata pelajaran hafazan sahih dah dia bolot markah 100%. dan yang paling mama terharu bila dia bagitau cita-cita dia untuk menjadi seorang HAFIZ. insyaallah anakku kau akan dapat mencapai cita-cita itu sebab mama yakin dengan doa mama yang mama panjatkan setiap solat akan dimakbulkan olehNYA. mama yakin dengan 'doa ibu itu dimakbulkanNYA'.

dia jugak adalah 'anakdara' mama. dia meringgankan kerja-kerja mama seharian, kalau di hari cuti lagi la. kerja-kerja rumah, mop, lap tingkap dan segala cermin, sidai baju, kalau mama tak leh nak capai dia la tukang panjatnya, dia jugak co-pilot mama kalau pi mana-mana yang mama tak biasa, dan jugak bodyguard mama kalau berpergian seorang diri, kalau orang mai rumah dia la pembantu yang cekap - tolong hidang dan tolong kemas balik begitu jugak tiap malam bila kami sefamily makan malam. sahih dia yang akan hidang & kemas setelah selesai semuanya. tugas mama cuma membasuh. si sulung mama ni jugak adalah pemimpin pada adik-adiknya, ainin dan amir. pemimpin dalam segala hal. imam dalam solat. ustaz dalam mengaji. cikgu dalam pelajaran. motivated dalam kelakuan yang tak elok. tapi lebih pada ainin la, amir liat sikit dan ini cukup mencabar si abang. tapi buat masa ni mama tak menekan amir untuk 'mengikut' sangat, mama rasa dia masih di alam baby lagi. kalau boleh tahun depan pon (amir akan 5 tahun) mama tak mau dia 'ditadikakan' lagi. hajat mama supaya mama sendiri yang akan mengajar dia. tengok la...camana kalau tuhan izinkan.
bukan tujuan mama nak puji lebih-lebih naim ni. (kang terlebih perasan lak..) cuma nak menghargai usaha dia untuk berubah dan terus berubah menjadi yang lebih baik lagi. tak semuanya sempurna. banyak lagi kelemahan yang dia ada. seperti salah seorang kawan yang memberikan kad raya (banyak jugak peminat dia!) pada dia cakap,
'berusahalah untuk membuang perangai-perangai buruk awak'. macam tu la jugak mama dan abah yang mengharap.
teruskan la menjadi anak yang dibanggakan, walaupun bila berpergian mana-mana orang akan bertanya
'ooo ni la yang kuat nangis tu kan, 'oooo ni la yang berjalan ngan lutut tu kan'.
*gambar tu kat langkawi bersama rakan-rakan abah dia.