ni nak cite kisah kerja. ok
ayu! hutang lama ni.
mama dulu kerja di library um. camana ayu bole pikiq kpdn lak. orang bagi idea je nak jawab temuduga dia dah kona kot lain lak. heheh.....
banyak kenangan manis, masam, pahit, kelat segala la... sebelum kerja kat um ni banyak jugak tempat kerja yang mama tinggalkan bekasnya. salah satunya Intercity (syarikat courier). mama suka tukar2 kerja sampaikan bonda mama bising. last2 bila dapat lib.um dia warning. tukar kerja lagi kalo jangan kerja dah lepas ni. dok umah je, tunggu pinangan orang. ekkk...
bila kenang2 balik cukup indah zaman pekerjaan ni. macam2 bole buat ngan duit yang kita dapat. kenalan pun tambah2 hari-hari. ya la kerja library, tempat tumpuan orang kan. tambah-tambah mama punya hobi baca buku. dalam laci mama mesti ada buku. rasanya mama la staf yang meminjam buku sepanjang-panjang mama kerja. tak de cuti pinjam pon. kalau check sistem, deret-deret la judul buku yang dipinjam. dalam 2 minggu pinjam mama boleh habiskan 4 buah buku. di masa-masa terluang (teatime) carik la mama kat rak-rak, sahih jumpa kat situ. tun siti hasmah mesti suka kat mama kan...rajin membaca :) yang menghairankan mama banyak mana baca pun tak pandai-pandai jugak.
mama mengenal IT pun dari situ la. dulu-dulu library um (semua?) menggunakan sistem manual. dari pembelian bahan hingga la ke pinjaman. masuk 90an sistem diubah ke IT. dari segala sudut. bermula era baru mama. dan mama cukup suka menerima perubahan ni. malahan bukan nak banggakan diri tapi mama mai masuk 'ofis' ni la baru surat-menyurat di alih rupa. dari menggunakan mesintaip pi gunakan pc. sebelum tu pc sebagai bahan hiasan je kat meja sudut. bos mama yang dah nak pencen masa tu cakap waaaaa, waaaaa...kagum abis kat mama.(apek cina maaa!)
cerita pasal bos ni. dia la bos yang paling mama sayang. (sayang kot lain tau) dia mai ofis lambat sikit. selalunya lambat sejam atau lebih. tapi kami pekerja yang dedikasi (sungguh!) tak la curik tulang. sebabnya....dia cukup percaya ngan staf-staf dia. kerja jalan lancar. ini dibuktikan melalui perjalanan pembelian bahan yang tak sangkut-sangkut. semua bahan lengkap dan tak ada komplen kalau bahan tak de kat rak. mama di bahagian jurnal. segala jenis bahan yang bersiri adalah tanggungjawab bahagian ni. bahagian jurnal adalah bahagian yang komplikated banyak. bukan sikit. kalau buku senang je. habis beli satu buku habis la cerita dia. tapi kalau jurnal ni, bersambung-sambung cerita dia. kalah telenovela. ada jurnal yang umuq dia dari 60an hingga la ni tak mati-mati lagi. jenuh la nak jaga. nasib tak nyaknyuk. melalut la mama ni. balik pasai dia (bos mama tu) dia hormati apa kerja staf dia. hatta kalau betul2 tak dak kerja nak buat dia bole bagi kami buat apa yang kami suka. kerja-kerja yang tak berkaitan langsung ngan ofis. mengait, menyulam, menjahit....:) masa tu mama suka buat patchwork (betui ke eja ni?). bekeping,keping dan banyak keping la hasilnya. tapi tak lama sat je nikmatnya. dia pencen dan tak sambung lagi khidmatnya. padahal diofferkan. lagi cepat pencen lagi dia suka sebab dia ada penyakit teruk yang dibawanya hingga mati. buasir. mama pi majlis 'tu'. ramai yang menghadirinya termasuk semua staf islam. maklum la orang yang banyak berbudibahasa. sedih jugak kami, kehilangan orang yang 'dikasihi'. selepas dia pencen kami digantikan ngan bos pompuan lak. tau ke camana kalau orang pompuan jadi bos. kalau tau al-maklum la sendiri ye. malaih nak cite panjang. pendekata dunia dah terbalik masa kami diterajui oleh Mr.Eddie. tapi kecemerlangan Q bahagian kami tetapi yang pertama. orang pompuan ni tu la yang ALLAH tak bagi jadi pemimpin tu, tapi kalau bab-bab kerja ni memang tak leh celen la. tak kira la kerja pro ke tak pro. yang remeh-temeh pun kalut jugak (bos no.2 la..) tapi tu la yang menjadikan kita no.1 dalam segala segi kan?
bos mama yang no.2 ni 'giler' kerja sikit. tu yang satu kepala ngan mama tu. time orang makan nasi & tido tengahari mama ngan dia bole dok depan pc lagi, keje keje keje. tapi tang tu je la yang satu kepala. tang bab lain tak jugak. tang bab cerewet tu yang sakit. kadang-kadang ada jugak mama buat naya kat dia. dia tak pandai sangat bab-bab IT ni. jadi mama boleh la kelentong sikit-sikit kalau malaih nak buat yang remeh-temeh tu. yang patutnya bole mama cakap 'tak leh la puan h****h, tak jadi kang'. heheh...(berdosakah aku?)
masa mama nak berenti. bagai nak rak jugak la dia terkejus. tapi apa nak buatkan, keputusan dah muktamat. kalau tanya camana mama boleh ambik keputusan nak berenti pun mama tak tau nak jawab...yang pasti mama pikiaq habih dah. istikaroh pun buat gak. camanapun mama tetap staf yang dikagumi&diingati&disayangi oleh bos no.2 ni (cewah...angkat diri sat nooo........) dan bos bos bos yang lain gak. buktinya sehingga sekarang kami masih lagi berhubungan walaupun dia dah pencen dan mama pun dipencenkan jugak. cikpuan ni pon sepatutnya pencen tak lama pas mama tapi dek kerana kehebatan dia dalam menangani serial lib maka dia ditahan dulu sehingga la dia pun jemu dan mintak supaya dilepaskan jugak.
disebabkan mama dinaikkan pangkat jadi pengarah, kena la mama terima kan. jadinya sumber buku mama beralih ke kedai-kedai buku. kena la keluarkan budget untuk buku pulak. kurang2 sebulan sekali. dan mama jugak carik library. kat puchung ni tak de library umum, yang dekat ngan rumah mama cuma la MPSJ lib. payah jugak nak ke situ. susah nak carik masa lapang ni... bila dah jadi surirumah ni, sibuknya mengalahkan memanda menteri. kalau la mama banyak RM mesti mama bukak kedai buku ataupun bukak library la terus! itu la salahsatu dari impian mama...
oleh kerana mama minat sangat ngan buku-buku maka anak-anak pon MESTI turut serta dalam kehobian mama depa. kecian depa kena paksa kan... mau tak mau kena baca buku bila kena suruh. lantak la korang baca ke tak. janji pegang buku, tengok buku, baca buku. semuanya kena buku buku buku buku buku. mak oiii..........dera anak ni.
okey la cukup bab keje ye....ni kita bukak cite misteri lak. tiru macam saya, ayu kata :)
------------------------------------------------------------
ada sorang kawan (lebih kepada rasa adik) mama tu masuk spital. spital UH. jadi dek dekat jo ngan ofis mama makanya mama pon tiap-tiap petang bila balik pi la nengok dia. baikkan mama ni! jalan kaki je dari ofis mama ngan spital tu. nanti pas sudah solat maghrib mama turun la dari wad, tunggu hubby. lebih kurang dekat-dekat 8mlm sampai la dia. dia ambik naim dulu kat nursery. kawan mama ni adalah seminggu stay kat spital. sakit lelah.
dalam mama dok ulang alih tu, ada satu hari...
mama tekan lift nak turun ke hubby. mama tak ingat wad tu tingkat berapa. dah lepas maghrib la ni...(senja-senja gitu). lift kan deret-deret, sampai la lift yang hujung sekali. mama masuk la. tekan la punat nak turun tu. mama sorang je dalam tu. lift bergerak turun. mama tak la perati kat nombor yang nyala-nyala bila lift tiba setiap tingkatkan. dah biasa, bila lift bukak je mama langkah nak keluaq. tengok-tengok bukak kat tingkat yang sepatutnya tapi kat stor apa tah. (mama jenguk keluar kepala) ada tangga, ada barang2 berabok, pendekata kawasan tu kotor la jugak. lampu yang nyala pun malap je. memang tak de orang, tak de bunyi apa pun. hening je. mama pun tanya dalam hati (cakap pelan2, kat mana ni?) mama rasa semacam terus tekan pintu tutup, rasanya lambat je dia nak tutup pintu tu. ye la orang dah takut. dan lift bergerak naik kembali. (rasakan dia naik/turun)
tapi dia laju je naik. tak berenti kat tingkat yang mama nak pi. rupanya dia pi ke tingkat 10. kat situ ada satu nyonya tua dok kat bangku2 yang disediakan depan lift. tunduk je. mama tengok kot-kot ada orang nak masuk lift, tapi tak de. mama tutup la pintu. punat tingkat yang mama nak pi dok nyala la jugak. tak padam-padam dari mama mula tekan.
lift pun turun dan bunyi ting, pintu bukak. bukak kat tingkat 6 pulak. ya ALLAH tak ada jugak orang nak masuk. bila mama tekan pintu tutup lift tu bole pi bawak mama ronda-ronda lagi. pi tingkat 10 balik. kali ni nyonya yang dok kat bangku tu renung mama. tajam je renungannya. menusuk kalbu. serammmmmmmm you. dan mama pun campor hangat hati gak. mama tekan tingkat yang kawan mama dok tu dan lift tu turut kata. mama pun keluar dari lift dan tekan mintak lift lain. tapi lift tu hemoi la...(tak tau malu) dia offer mama masuk. bukak, tutup, bukak tutup pintu. ajak mama masuk. lantak la kau nak keriau ke tak. tobat la aku tak masuk dah. dia tak mau pi. mama mai la akai. mama tekan dua-dua butang mintak lift. atai bawah. dok sat baru la mai lift yang lain. mama masuk ngan bismillah dan niat jangan la ganggu aku lagi. aku nak balik jumpa laki aku ngan anak aku. nak buat ibadah ni. makanya dengan selamat mama sampai ke en.A. dia tanya pasai jugak pasai lambat, mama jawab 'tak de apa-apa, lift lambat mai' . sepanjang kejadian tu adalah 15-20 minit.
bukan mama tak nak cerita tapi biaq kisah tu reda dulu dalam diri mama. lagipun esok mama kena pi lagi kat situ. (tak jadi dah pas tu) lebihkurang 3-4bulan lepas tu baru mama cerita kisah tu kat dia. mama memang macam ni. bila satu-satu benda yang menakutkan terjadi, mama ambik masa nak cerita sebab nak hilangkan rasa takut dulu dalam diri. dah hilang rasa tu baru bole habaq. ni la kali ke-2 mama story kisah ni...
yang mama hairan tu kenapa mama sorang je yang dok pi naikturun, naikturun. mana pi orang lain? padahal masa tu waktu orang kena keluar. habis dah time melawat. sunyi bengang lak tu...tak bunyi apa satu pun. mentang-mentang hospital, kena sunyi ke? kalau orang tak balik pun mesti ada bunyi orang cakap-cakapkan?
pas ni kalau pi spital jaga-jaga..heheheheeeeeee