saja nak imbau kisah lama.. (setelah baca& komen belog
jiwarasa mai la kenangan ni)
1984ayahbonda mama buat keputusan nak pi ke tanahsuci. setelah mendapat rezeki lebih dari jualan kedai makan depa. kedai makan tu tak la sebesar dan sehebat mana tapi dah itulah rezeki yang diberiNYA untuk ayahbonda mama meneruskan amanat dari ALLAH kat mukabumi ni. rasanye mama ada citekan kisah depa dulu. balik pada kisah nak pi mekah ni. jadinye depa buat keputusan nak bawak mama yang baru jadi anakdara ni. tak sedap & tak elok nak tinggal anakdara yang sorang ni ngan
abangnda dia. (salah gantinama ni). kakaknda anakdara tu berpindah rumah lantaran dah beralihtanggungjawab ke orang lain. apa reaksi mama? apalagi meraung la. orang baru nak enjoy la...balik nanti sure kena jadi watak orangtua (yepade...!). segala yang sekutu ngan ayahbonda mama punya la kagum ngan mama, sebab muda-muda dah dapat pi haji. dapat title hajjah lagi. (tu yang mama tak mau tu). sampaikan ada satu customer tu siap cakap
'maziah...awak kena syukur maa..., kecik lagi sulah lapat pigi itu tempat tuhan alla' kata ah can. ye la, ye la. apa kata ayahbonda la. janji tak jadi anak derhaka.
maka sampai la waktunye mama & ayahbonda 'bertolak' ke tanahaji. pjg jugak kisah nak sampai ke sana. macam2 siboknya. sibok siap tak habis-habis selagi tak pi. pendek cite sampai la kami. kami pi mekah dulu sebab buat haji ifrat. sampai2 je mama demam. punya la teruk demam. siap bunda mama nak panggil doktor mai 'maktab'. depa (ayahbonda la..) bawak mama pi telaga zam-zam, bagi mandi. dengan2 telekong sekali kena mandi ngan ayaq zam-zam. ketaq satu badan. dok esok tu lega terus. sihat walafiat. bagi petik-petik suis je..
baru la boleh buat tawaf 'qudum'. selepas 4 hari. sepanjang masa tu sehingga nak balik mama punya la syok. tak ingat mesia dah. lupa langsong camana rupa anak sedara yang baru sorang tu. (cucu sulong ayahbonda mama, masa tinggal baru 5-6bln).
dek kerana anakdara ni 'segak' kot. (betui ni...tp masa tu la kan la ni kita pulak jadi makarab) maka banyak la yang bekenan. mak arab bekenan, pak arab pon bekenan. apatah lagi anak teruna arab pon bekenan. budak pompuan baru pandai bekawan, apalagi main mata jugak la. (amal, alam jugak) siap dapat surat lamaran (ngan gambar sekali) masa balik malaysia. tah mana mama buang surat tu. (kalau tak bole jugak bagi enA baca...hehehe:-)
yang paling mama syok jalan2 kat bazar depa. meriah sungguh. tu la orang muda. bukan syok sangat kat masjid. boleh kata habis je solat mama la keluaq dulu, nak ronda-ronda. tinggal bonda belakang la. nanti jumpa kat maktab. takut jugak depa dengaq kes2 orang hilang, anakdara kena rogol la. tapi tawakal lebih dari katahati. yang mama tak leh lupa bila lalu depan bazar pakat2 pak arab panggil
ya siti...ya siti (
kependekan siti hajar bukan siti norhaliza tau) tapi bila dah selesai musim haji (balik dari padang arafah) tukaq jadi
ya hajjah....ya hajjah.
kalau tak salah ingatan, mama cuma dapat buat 7 kali umrah. tak leh lawan ayahanda mama yang dapat bepuluh kali umrah. satu hari 2 kali dia round. mau tak beganda. bunda mama pon banyak, belas2 kali jugak la. nak pi umrah ni kami pi naik bas je. banyak bas yang disediakan untuk pi ke tanaim. tambang cuma 1 riyal pi balik. mama dah cekap jadi mama la jadi co-pilot bunda. abah ngan diri dia la. ada berapa kali tah mama ikut abah pi jenjalan. ronda kota mekah. jalan kaki je la. separuh mekah kami meronda. macam nak tecabut kepala lulut mama. tapi yang pasti best. banyak abah belikan mama buah. nak buat bekal ke padang arafah konon. tak dan ke situ dah langsai kat perut kami.
la ni tak tau la tapi dulu tabung haji akan bagi duit poket bila sampai jeddah. lebih kurang sorang dapat rm250. duit tu dari simpanan/tambang kita. jadi kita cuma perlu bawak duit untuk shopping. duit makan dah ready. masa tu duit kita besaq sikit dari riyal. cerita bab makan ni, tang makanan tak dak masalah bagi kami anakberanak. kami tak masak langsong. bonda mama siang2 dah cakap
'nanti kat sana tak mau masak, nak pi masjid je.' jadinya pakai beli je la. balik subuh beli sarapan. antaranya buburkacang. yang mama tak lupa kesedapannya. cuma direbus dan ditambah manisnye sedikit aje. orang kata manis buah. tanpa santan. takdak lemak langsong. rupanya waktu panas mekah sangat sesuai makanan begini. balik malaysia buat, hemmm tak sedap langsong jadinya. sebelum ke masjid untuk zohor hingga asar kami makan dulu. beli lagi. murah2. cuma seriyal sebungkus. begitu jugak bila balik dari solat isyak. banyak orang patani yang bejualan di sepjg kakilima bazar. bagi kami sedap sokmo. semua lalu makan. cuma ada sekali masak, bila ada satu rombongan jemaah yang balik (malaysia) depa tinggalkan dapor masak. (jenis travel punya dapor) jadi bonda mama nak lepas gian masak dia kot. kami buat gulai sardin. bila pi kedai runcit kami ambik 1 tin sardin. tokey arab tu terus bagi segala pekakasannya. timun, bawang, tomato, cili depa yang amat la pedas ngan yogout sekotak. semua dia pakai lumpsum je 5 riyal. sampai tak abih pulak kami guna masak. itu first&last kami masak kat sana.
setiap yang pergi ke tanahsuci pasti ada kejadian yang menunjukkan kebesaranNYA. bagi mama ada 2 kejadian. yang pertama jadi kat mama. hati mama cakap besaq.
"camana orang boleh sesat dalam masjid." jadi satu hari tu(kalam kabut sikit) waktu lohoq mama teringat nak pi simpan kasut kat rak (ada banyak ruang penyimpanan kasut dalam masjid) memang mama ngan bonda dok simpan kat rak, tapi dah kalamkabut mama terbawak kasut ke saf. lepas reda mama pon ngan selamba pi la simpan kat tempat yang terdekat. memang dekat je jarak antara rak kasut tu ngan tempat kami solat. dalam masa mama ontheway ke situ mama masih boleh tengok bonda mama lagi. patah je balik ke tempat solat, bonda mama dah tak kelihatan. pandangan mama sungguh lain. rasa kat tempat lain dah. jauh sungguh perbezaan. tapi still dalam masjid la. cuma orang2nye lain. banyak lelaki pulak tu. hilang langsung pandangan tadi. kaabah pon rasanya dah beralih arah. dari arah telaga zam-zam dah beralih ke pintu utama pulak rasanye. bedebar mama. seram sejuk pon ada. orang lain macam biasa la...simpang siur. mula la mama beristifar.
'ya ALLAH, ya ALLAH kat mana mak aku ni. sudah la tak jumpa mak dah'. dalam dok berani2, kecut la jadinya. mama mengucap dan insaf diri cakap besaq. dok sat je dengaq bonda mama panggil
'zie, zie, sini la'. ya ALLAH dia nampak mama dok tecangak-cangak. tu la kebesaran ALLAH. lagi satu lagi kejadian lak jadi kat abah mama. kami ontheway ke masjid, dia merungut kat kami
' selama kita kat sini tak pernah nampak anjing kan'. dan-dan tu jugak keluaq dari satu lorong sekoq anjing dok ligan sorang lelaki. siap ngan menyalak-yalak. pasai apa tak tau la. tecengang kami. tapi yang peliknye orang lain tak pulak hairan. depa buat donno je. cam depa tak nampak kejadian tu.
ada satu pengalaman yang agak sayu sikit. masa di arafah. pagi raya. memula mama hairan kenapa org takbir raya dah tu bonda mama sedih & nangih. lupa lak rupanya raya korban. pas tu mama pon tumpang nangih sama la. sat je sedihnye. habis je 'program' tu. kami anakberanak jenjalan pi raya khemah orang. jumpa ramai jugak kawan. tp tak la macam jenjalan raya kat mesia ni. ada juadah la, pakai cantik la. kat sana syok, sempoi je. semua sama pakaiannye. balik khemah makan 'more' (tabung haji support). makan hari tu kira lumayan la, raya korban la katakan. cuma sistem air sikit payah. tak mandi tapi tak berbau pon badan. tu pon tak kisah, walau sikit cukup semua. berkat. bila mai waktu melontar kena jalan 5km pi balik. waktu tu tak macam sekarang. dekat je tempat melontar & kemudahan dah ok. entah mai mana kudrat, kami cukup kuat berjalan. rasa kalau tambah 5km lagi pon mampu. sbb tak rasa letih pon ulangalik 3 malam. ada sorang abah tu lepas habis melontar (malam ke-3) bole jalan kaki balik mekah, buat tawaf haji. punya kalut nak dapat title haji. alhamdulillah. ya ALLAH kau tempatkanlah abahku di kalangan orang yang dikasihiMU. amin.
pas selesai segalanye kami balik mekah semula. masa ni la bonda mama dapat ujian dia pulak. dia punya la sakit bagaikan nak habis nyawa. mama ngan abah gelisah jugak. mana mama ngan dia tak selesai rukun haji lagi. abah dah ok la siap buat tawaf haji dah. sakit dia masa dia muda dulu mai balik. sakit orang pompuan. sakit 'pekakas peranakan'. (mama pon turun dia la ni). mana nak carik bidan. jadinya dik kerna gelisah tak selesai rukun haji yang last tu, (payah kalau tak selesai, sebab selagi tak selesai tak boleh lepas dari ihram, ingat!! kita buat haji ifrat) bonda pon
kirimkan mama dengan rakan yang satu bilik untuk bawak mama kerjakan tawaf tu. waktu tawaf haji ni punya la ramai orang. beganda-ganda dari selalu, masing2 nak sudahkan haji. berebut2. cam tu gamaknya keadaan di padang mashyar nanti. malah lebih dahsyat. selalu tu mama tawaf dekat je ngan kaabah, ni dah jadi jauhhhh sangat. sepanjang masa tawaf tu kiri kanan depa kepit mama tak lepas, takut kena penyek ngan orangramai. selesai je, lega alhamdulillah. dah hajjah mama ye. sakit bonda mama tak lama, adalah 2-3 hari pas tu baik la. alhamdulillah ada sorang yang pandai dalam 'angkat-mengangkat' ni. dan bonda mama pon dapat jugak meyelesaikan hajinye dengan elok.
tiba masa kami nak berangkat ke madinah, mama punya la sedih. sedih nak tinggalkan kota mekah. bonda mama pon sedih jugak, tapi mama lagi sedih. sampai tesengguk-sengguk menangis, masa pi lambai kaabah untuk pengabisan. banyak benda + kenangan yang mama kena tinggalkan. abah biasa la, orang lelaki bukan nak tunjuk.
di kota madinah, sedikit panas dari mekah. kalau mekah panas, madinah lagi panas begitu jugak kalau mekah sejuk, madinah lagi sejuk. nanti mama cite pasai pi umrah waktu musim sejuk kat entry kemudian. sampai je kat al-munawarah dan letak beg2 kat maktab kami ambik keputusan nak carik anaksedara bonda yang memang dok kat madinah. suaminye salah sorang 'ketua' tabung haji di madinah. katanya dekat ngan masjid. jadi kami carik la tabung haji kat madinah. senang nak jumpa sebab bole kata pak arab kenal ngan tabung haji. memang dekat ngan masjid pon. sebelum jumpa depa kami lapaq. kena isi perut dulu. carik kedai makan. dah jumpa kedai tapi orang pompuan tak leh masuk pulak. rupanye orang pompuan masuk pintu belakang/sisi. jadinye kami masuk berasingan abah mama masuk kot depan kami kot belakang. tapi dok meja yang sama la. cuma agak jauh ngan orang lain, sebab cuma kami bedua je yang lain jenis. mai masalah nak order makanan pulak. tengok pak-pak arab makan 1 dulang nasi + sekor ayam golek. (mak oooii) makanya main tunjuk2 je la order. tapi kalau tunjuk lagu tu sat lagi dia bawak mai sorang satu dulang, hah kau makan sampai malam tak abih. abah mama pon cakap utau-utau (isyarat) bagi dia paham yang kami 3 orang cuma nak 1 dulang je, ayam 1/2 ekor. dia jadi hairan, cukup ke? makan2 sedap la pulak, nak mintak tambah malu campur tak tau.
kat madinah ni kami tak dok maktab sebab anak sedara bonda tu berkeras suruh kami dok ngan depa. bilik pon banyak kosong. kami setuju sebab dekat sangat ngan masjid. dan setiap kali raudah dibuka untuk muslimat tiap kali tu la mama ngan bonda dapat solat di situ. ALLAH melapangkan untuk kami setiap ketika. tak perlu berebut-rebut. syukur alhamdulillah. cuma kali ni ALLAH tak izin mama untuk cukup 40 waktu sebab tuntutan alam dah mai. lama pulak tu. hampir seminggu. padahal masa kursus di tabung haji depa dah suntik mama (mama yang setuju) untuk cegah 'dia' mai. itu la manusia merancang, DIA tentukan.
kami banyak beli barang di kota madinah. bole kata tak beli kat mekah pon. sebab tau nanti sampai masa nak pi madinah teruk nak angkut. lagi pon betui la kata rasulullah orang madinah lemah lembut sikit. senang nak kira bicara. ada pulak pemandu pelancong (anaksedara bonda) lagi senang nak 'bebudibicara' ngan pak arab. salah satu (2) yang dibeli oleh bonda kononnya boleh jadi kegunaan mama kelak ialah kain lace (france lace) & jubah baldu bersulam benang emas yang beratnye entah berapa kilo. mama bengang jugak sebab mahal. tapi dia bekeras. bonda kata ada gunanye. nak guna masa apa tau? jangka panjang punya guna..........masa mama nak kawin nanti. kehkehkeh....dah berangan nak bemenantu dah mak aku ni. apa la doa dia masa depan multazam ye? alhamdulillah hajat dia terlaksana selepas 10 tahun apabila mama pakai baju yang dibuat dari kain tu waktu dinikahkan ngan enA. (insyaallah dah sihat kamera, mama akan postkan gambaq baju tu) thankyou mama mama. i love u. i love u forever.
sungguh indah kenangan kat sana. sapa yang dah pi tau la nikmatnye. tak terbanding ngan tempat lain. mintak la selalu padaNYA, insyaallah walaupun bagi kita tak de apa benda yang membolehkan kita sampai sana tapi dengan izin ALLAH dapat kita pergi. contohnye terjadi pada enA yang tidak disangka2 diangkat ke sana 2 kali tanpa seposen pon duit yang dia kena keluarkan.
semoga ALLAH mengizinkan mama sekeluarga untuk ke sana lagi. AMIN.
notakaki:
nanti ye ayu akak akan jawab soalan pasai keje tu. semangat tanahsuci mai ni.