MAMA.....N.Ai.M.

di sini segalanya terhimpun...

Friday, July 28, 2006

doa




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

أَلَمْ تَرَ كَيْفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِأَصْحَابِ الْفِيلِ

أَلَمْ يَجْعَلْ كَيْدَهُمْ فِي تَضْلِيلٍ

وَأَرْسَلَ عَلَيْهِمْ طَيْرًا أَبَابِيلَ

تَرْمِيهِم بِحِجَارَةٍ مِّن سِجِّيلٍ

فَجَعَلَهُمْ كَعَصْفٍ مَّأْكُولٍ

*****

mama copy&paste dari chetam. [tq chetam]. harap sama-sama kita berdoa.

Chetam terima yang berikut melalui email. Chetam ambil kesempatan berkongsi dengan semua pengunjung Teratak Chetam. Walaupun kita tidak mampu untuk menghunus senjata membela nasib rakyat Lubnan, InsyaAllah dengan berkat DOA yang kita berikan secara IKHLAS, akan mendapat keberkatan dari Allah SWT.

Alhamdulillah, kita jauh dari peperangan yang melanda di Asia Barat. Tetapi, hati meronta-ronta mengenangkan saudara-saudara kita di sana. Mungkin ada yang berkata, "Kalau lah aku ada sebuah jet pejuang, akan ku bedil kafirun Yahudi".Mungkin ada yang berkata, "Kalaulah aku ada magik, akan ku hapuskan rejim zionis satu persatu"Dan bermacam-macam lagi, ramai yang mengharapkan kemenangan Islam.

PELIK TAPI BENAR!!!!!!

Tuan-tuan:- Dengan izin Allah dan dengan penuh keyakinan dan keimanan, saya mohon tuan tuan berdoa kepada Allah memohon bantuan. RAHSIA MUKJIZAT AL QURANMari kita bertafakur, Dengan penuh keyakinan, fahami terjemahan dan maksud surah Al-Fil.............

Bacakan surah tersebut dibibir dengan hati mengingati peristiwa kehancuran tentera Bergajah.KEMUDIAN BERDOALAH BEGINI:-

"Ya Allah!! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah........ turunkan lah bantuan mu kali ini kepada orang orang Islam di Lubnan, hancurkanlah rejim zionis......... Amin...." (kemudian dibaca surah Al Fil sambil membayangkan kehancuran tentera Yahudi - dihancurkan dengan Izin Allah)*******************************

SAHAM PIRAMID ANDA !!!!!!!!!

Lipatgandakan doa ini.Selepas anda membuat apa yang saya anjurkan, Sila lipatgandakan doa ini,Hantar kepada 7 orang rakan anda yang lain.Maka 7 X 7 X 7 X 7 X 7 X 7 X 7 = 823453 orang akan berbuat perkara yang sama, kemudian 823453 X 7 = 5.8 juta orang.........

InsyaAllah .........sesungguhnya Allah maha pemurah lagi mengasihani, mendengar doa kita.

Berikut adalah terjemahan di dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris yang Chetam perolehi dari Internet:

Surah 105, Surah al-Fil (Gajah) : 5 ayat.
Bismillahi al-Rahman al-Rahim (Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani).

105-1: Apakah tidak kamu perhatikan bagaimana Rab (Tuhan) kamu lakukan terhadap tentera gajah?

105-2: Bukankah Dia (Allah) telah jadikan daya usaha mereka itu sia-sia?

105-3: Dan Dia (Allah) mengirimkan kepada mereka burung-burung yang berbondong-bondong.

105-4: Yang melempari mereka dengan batu dari tanah terbakar.

105-5: Lalu Dia (Allah) jadikan mereka seperti daun yang dimakan ulat.

Chapter 105: al-FilIn the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

[1] Seest thou not how thy Lord dealt with the Companions of the Elephant?

[2] Did He not make their treacherous plan go astray?

[3] And He sent against them flights of Birds,

[4] Striking them with stones of baked clay.

[5] Then did He make them like an empty field of stalks and straw, (of which the corn) has been eaten up.

Nota Kaki Chetam: Jika selama ini kita rajin menghantar email untuk mengajak rakan taulan menyertai perniagaan MLM kita, jika sebelum ini kita rajin mengforwardkan gossip-gossip terhangat di pasaran, kali ini Chetam minta kita ramai-ramai menghantar email berkenaan perkara di atas. Untuk yang telah berdaftar dengan mailing list Teratak Chetam, Chetam akan forwardkan post ini kepada anda. Sekiranya anda bukan beragama Islam, forwardkan kepada rakan-rakan yang lain atas dasar KEMANUSIAAN...KEIBUAN...KEBAPAAN.

*****************************
semalam mama berulang alik ke hosp.putrajaya. kawan (adikangkat) mama yang sakit jantung tu. icu. nampak serius. hati rosak, buahpinggang rosak, jantung bengkak, satu badan bengkak. ya ALLAH semoga kau beri nurulhidayah kekuatan dan kemenangan. amin....

Wednesday, July 26, 2006

testing testing

testing

mai, cek mai........ cek mai.........


Dengan segala hormatnya anda semua dijemput ke
~~~KARNIVAL HARI PENGGUNA MALAYSIA 2006~~~
yang berlangsung di
STADIUM PUTRA BUKIT JALIL
dari
27 Julai - 31 Julai 2006
dan jangan lupa ke
booth no: 053
kehadiran anda amat dialukan dan diucapkan jutaan terima kasih.

bole jumpa ngan enA yang hensom tu, hehehe...(tengok kat hari pertama sebelah no.3, tu dia...)

Monday, July 24, 2006

pertemuan akbar sejuta umat..............

alhamdulillah, mama & family pi ke forum tu. lewat sejam. ramai jugak mama jumpa kekawan. ada satu family tu mama tak ingat, hingga la mai madu dia, dengaq suara dia baru mama perasan. punya la lama tak jumpa dah dekat 12taun. masa mama mengandungkan naim. depa ni cukup baguih punya madu...mama respek kat depa la. Insyaallah kalau enA nak pasang satu lagi, mama redha. ok cite sikit pasai forum..

masa mama sampai, adalah deka2 sejam baru bole masuk masjid. enA carik parking punya la susah, melilau sana sini. bila mama masuk je ke kawasan dewan tempat forum berlangsung, apa yang mama dapat....

1. bunyi dengung lebah (punya la ramai, lebihkurang 10,000 org)

2. nengok skrin aje (lihat gambar)

satu hapa pon tak dengaq. sebelum tu depa (kekawan) sound elok je. mai time us.Harunsani nak berucap speker pon rosak. tak pulak dibetulkan. mula la bedengung orangramai geram. sebelum tu pon soundsistem teganggu jugak tapi dibetulkan. pasai apa? *sabotaj......?

enA dah geram. dia ajak mama balik aje. mama buat donoo dulu. sabar dulu. dok sat depa umum akan diadakan solat hajat selepas solat zohor dan beliau akan bertazkirah sikit pas tu. alhamdulillah tak sia-sia kami mai. ada jugak yang bole dimanafaatkan. kami pon laju je naik ke tempat solat di aras 3

yang memperkuatkan lagi perkataan *sabotaj tu, bila kendian mama pi ke bawah (aras2 dewan forum) nak ambik wuduk, elok je sound tu balik, entah sapa yang berucap tak tau la pulak mama. tak ke geram. yang tadi ni.....eeeeeeeee geramnyeeeeeeeeeeee

kami dok kat masjid sampai selesai lebih kurang kul 2.30ptg.


lihat gambar.....

sedikit dari kereta-kereta yang parking di tepi jalan ke masjid

ketiga beradik ni dok tunggu abah depa pi parking kete


sambil-sambil tu ambik gambar sesak dalam kawasan masjid


dah jenuh menunggu abah yang tak mai-mai (dah 1/2 jam)

motor-motor umat islam. ada orang yang dok kerumun tu, dok kutip t/tgn. sikit hari lagi t/tgn mama sampai la kat pak lah nanti (siap ngan no.ic lagi)

ramai-ramai dok nengok skrin je la...sepatah haram tak dengaq


skrin lagi....

kat pintu dewan. takat tu je naim dapat pi


beralih ke ruang solat. orang tak ramai lagi. masih di bawah kat dewan


dah mula ramai dah...pas tu lagi ramai, lagi ramai, lagi ramai dan ramai dan ramai ramai.............. kendian mama dan yang sewaktu ngan mama pon kena la beredar ke ruang muslimat kat ataih


buku yang mama dapat beli, vcd tak dan nak beli, habis..

antara risalah yang mama ambik, (produk2 yang support AS&sekutunye) banyak sungguh risalah yang diedarkan

Friday, July 21, 2006

sibok tak habih

lepas minggu-minggu enjoy, kini tiba masanye minggu sibok-sibok.

enA sibok dok ligan rm kat tokey-tokey sub-cont dia

naim sibok ngan program-program srip dia

mama sibok ngan depa-depa yang sewaktu dengan mama la...

sibok jadi dreba

sibok jadi tukang aiskerim

sibok dok ligan gula sana sini

sibok tolong enA tu ligan tokey jugak. huhehuhe... >:(


sibok tak habih..

Tuesday, July 18, 2006

mama terima satu sms

"pertemuan akhbar sejuta umat Islam pertahan aqidah & syariah: FORUM SYARIAN & CABARAN SEMASA anjuran PUM, TERAS, JAWI serta NGO Islam, 9 pg 23.7.06 di Masjid Wilayah Persekutuan KL. Gembling umat srmai mungkin. Seluruh umat Islam prlu usaha hadir. Tunjukkan kesatuan utk pertahan Islam. Kes murtad Artkl 11, Azlina Jelani @ Lina Joy. sebarkan...."

insyaallah kalau takde aralmelintang mama akan hadir. marilah kita sama-sama mempertahankan islam.



***********************************
pendapat mama tntng ct;

rasanye mama setuju sangat dia 'berjodohan' ngan datuk k tu. bukan sebab mama mai satu kapai ngan datuk k tapi adalah kerana;

1. ct matang sesuai ngan datuk k yang matang. umur tak penting

2. kalau kawin ngan sesama artis (kalau la...) mungkin jadi cam erra-yusri

3. datuk tu kiranye setaraf la ngan ct

4. sama-sama pandai buat duit

5. sama-sama lawa

6. apa-apa je la.. (mentang-mentang dah minat kedua sekali)

Monday, July 17, 2006

enjoy. enjoy


bulan juli ni hubby mama baik betul la.

ada ape ye?

dia nak kawin lagi satu kot?

sabtu hari tu dia ajak kami pi mandi-mandi sungai la pulak.

sungai congkak je..







ni pondok yang kami sewa. rm20 je untuk setengah harian. comel & membuatkan mama terasa nak bina cam ni jugak kat depan umah kami di kampung.

kat depan 'airterjun' yang dibina oleh *enA. dia kalau ke sungai aktibiti pertamanye ...buat mini airterjun..susun batu-batu sungai buat empang.

naim takde dalam gambar sbb jadi jurugambar. pas tu mama lupa nak ambik gambar dia. sonok mandi lebih. kejam...kejam...

*seksi tak dia ngan kainnye..kainnye..kainnye...

Friday, July 14, 2006

en A

mula-mula (lari tajuk sat)
alhamdulillah mama dah jumpa gula. kat kedai ubat cina. siap merayu lagi mintak 2 kilo (tokey tu jual sorang sekilo je). apahal pon tengkieu pb. mama lupa nak pi carik kat pp sebab pas pi ambik ainin terus pi nengok kawan sakit kat puchung indah. muda-muda dah sakit teruk. doktor syak jantung. sedeh mama tengok dia, pucat je. orangnye muda sangat dari mama. badan pon cam anakdara lagi. dia dah macam adik angkat pada hubby mama. hubby dia ngan enA ni dah berkawan dari bujang-bujang. zaman depa becinta enA ni turut terlibat. (jadi dreba) pas depa dapat anak satu (la ni dah 4) mama pon betemu jodoh ngan enA. dah dia rapat ngan depa secara tak langsong mama pon jadi rapat. segala masalah rumahtangga yang si isteri ni suka mengadu kat abangangkatnye, begitu jugak la ngan cikhubby dia. tu yang buat kami rapat dengan depa. semoga sakitnye segera berkurang kalau tak sembuh pon. amin........

hari ni nak cite pasal enA je la.. (tu baru kena tajuk)

pagi ni mama buat sarapan roti john kesukaan naim. enA ni tak berapa minat, tapi habih jugak la sepotong. dok tengah mama membelog pagi tadi, dia masuk dapoq. bukak kabinet sana sini carik tepong. mama buat donno je. kesian, kesian jugak. tapi dia dah nak buat, buat la (enA ni boleh dikatakan rajin gak ke dapoq merekacipta resepi selera dia). siap je dia mai tolong suap lagi kat mama. jealous ke... mama tanya apa nama ni

'entah, cucuq tepong kot' ......tu dia aih nama pon main hentam je

makan-makan tinggai tu je. boleh tahan, sedap. rupa je yang tak sedap...heheheh


ni la teman setia enA la ni. khusus untuk ahli kelab gout.

gambaq terbalik la pulak. segan (read; malas) dah mama nak kona-kona gambar alah tu.

Thursday, July 13, 2006

gula, gula di mana kau gula..

tutup cite wayang, bukak cite aiskerim pulak.

alhamdulillah aiskerim malaysia mama dah meningkat jualannye. itu la kata orang-orang tua 'akhir zaman kita akan makan rezeki budak-budak'.

tapi yang sedehnye....gula tadak. waaaaaaaaaa geramnye mama. semalam mama start carik gula dari srip sampaiiiiiiiiii la nak ke umah, rata kedai depa kata habis. ari ni lak, mama try kat hypermarket punnnnnnn takda jugak. pi carik kat jusco, pon takda. alahai camana bisnes ni. tak maju la..

Sunday, July 09, 2006

wayang lagi....

seperti yang dijanjikan kami sekeluarga pon pi la nengok superlelaki semalam. tak kalam kabut dah. sedia payung sebelum hujan. mama dah tempah tiket siap-siap. punya la gila wayang kami!
ye ka en.A ada janji? hehehe.....

amirman yang tengah khusyuk nengok abangsedara dia terbang


jalan-jalan keluar panggung

anakdara&anakteruna tu siap pakai sweater, sejukkkk.....

abih je program wayang bekejar ke srip antar naim ke kem ibadah. malam ni tadak la orang tolong mama ambik tu, ambik ni, bila nak uat aiskerim. cite pasai aiskerim ni. alhamdulillah aiskerim mama dah mencecah hampir 130 batang jualan sehari. Insyaallah minggu depan mama nak cuba bawak 170btg pulak.

Tuesday, July 04, 2006

usaha pasti jaya, yeeehhh!!!

menjadi jugak. punya la betangguh-tangguh mama nak tengok cite OMEN ni. lepas satu hal, satu hal jadi. akhirnye dapat jugak, walaupun ngan cara omen gak. adakah kerana aku diberanakkan pada bulan 6, hehehe...

plan ngan enA hari senin. tup-tup balik dari ioi ari tu, cik anak dara tu demam. dup dap dup dap la mama. jadi ke plan esok ni? bangkit pagi senin tu punya la panas badan dia. memang sah tak jadi tengok ari ni. enA kata takpa esok la...

pagi ni alhamdulillah, mama usap dahi cek kak tu. normal dah. 'kakak bangun pi sekolah, ari ni.' dia pon happy sbb boleh bawak buku baru beli ari tak jadi nengok superlelaki tu. mama pon tambah ayat la...'kakak ari ni akak dok sekolah lama sikit tau, mama ada keje...' oriat je kakak. lagi lama dia dibiarkan kat PASTI lagi dia suka. boleh main lebih skit. tengok cd lama-lama. masalahnye nak pujuk amir la. (omen - 18PL) abih je urusan keje enA kami pun menuju ke ioi. jam dah 11.45. show 12.20tgh. dalam pada tu pujuk amir, tapi tak makan. alahai kena jugak bawak masuk panggung. bole ke? sampai ioi dah 12.00tgh. sib baik senang parking. on right time kami ni. tapi..........

'kak, akak bawak anak tu ke?

'a ah'

'tak leh bawak masuk la kak, atas 18 je bole kak'

'tak pe la. dia bukan tengok pun nanti.' (bodo je jawab)

'tak leh kak, takut kami, buatnye ada spotcheck kang.'

camana ni? kena kensel lagi ke? enA bagi bernas punya buah fikiran.

'zie pi antaq amir kat PASTI. abang tunggu kat sini'

tengok jam, 12.10 dah. 10minit nak pi PASTI, balik ioi, sempat ke? mama pun heret amir pi pederaih ke PASTI. sebelum tu gula-gulakan dia dulu. beli donat coklat kesukaannye ngan air acam (softdrink). heran dia. ngapa abah tak ikut balik, abah nak balik ngan sapa. 'abah nak keje la, nanti cik takin ambik abah.' cewah mama.... punya la mama pecut siap suruh dia bukak kasut siap-siap dalam kete, 'nanti senang nak masuk skolah la, amir.' ok, mama'. 'sayang amir'. sampai je PASTI mama 'campak' amir. kalut cikgi PASTI tu tutup pintu takut dia perasan mama pi, tinggalkan dia. (dah pakat dah ooiii). pecut pulak pi ioi, sampai je tepat 12.30tgh. tak pe baru lewat 10minit. enA dah ready tunggu kat tangga masuk panggung. ceh cam zaman becinta lak...

'enjoy your movie sir.' ye lee, nak enjoy la ni...

omenkah mama?

Sunday, July 02, 2006

superman aku datangggggg

tanpa di sangka cik abang mama nak belanja tengok wayang. bestnye. superman pulak tu. punya la suka anak-anak. mamanye yang terlebih suka. laju je mama uat tu ni. tapi..........

sampai je depan ioi kalut mama suruh cik abang pi beli tiket dulu. mama carik parking. punya la manyak kete, sib baik rezeki mama mudah. elokkk je ada orang nak balik, dapat la parking. padan muka depa yang dah 20, 30 kali round. muahhhhaha, kahkahkah

dengan lenggang kangkong mama pi menuju ke tingkat panggung wayang tu. dok jauh dah nampak muka frust naim. bibiq dia nak jatuh ke dagu dah. oh tidak, jangan

FULL HOUSE. waaaaaaaaaa.............oh heroku

tu la gelakkan orang lagi.

Saturday, July 01, 2006

wad sakit

rasa macam lama dah mama tak belog kan. hehehe rindu mama ke? rindu la.. rindu la... rindu laa.. (bunyi cam syoksendiri je...)

agaknye bulan nam ni bulan ujian kesihatan untuk family mama. dalam pada en.A kena serangan gout dia, petang isnin lalu srip talipon suruh mama mai ambik naim cepat, demam. tekejuz mama sbb tak penah-penah sekolah talipon suruh ambik anak cepat. mama dengan sepantas kilat mama memecut ke srip, ya Allah punya la panas badan dia. beg sekolah pun kawan kena bawa naik kete. malam tu abah dia bagi mandi. mama sediakan air asamjawa. untuk sejukkan badan. mama siap blender asamjawa tu, tak perah-perah lagi. mengigil dalam toilet kena tenyeh ngan abah dia. si naim ni malas mandi. kalau dia mandi kita tak siap pakai baju lagi dia siap mandi dah. jenuh la jugak nak jaga dua orang sakit ni. ari khamis baru boleh pi sekolah balik. malam tu jugak amir demam. laaa...ganti-ganti. yang ni lagi haru, mandi takmau, ubat jauh sekali. habaq nak bagi ubat je, 'amir dah baik, tengok tak panas pun' (siap pegang dahi lagi) biasa kalau dia demam, pakai baik sendiri je. sib baik tak lama panasnye. ada sekali tu bonda mama ada kat sini, amir demam. masa mama nak bagi ubat naim pegang kaki, ainin pegang tangan. tok dia punya la kesian kat amir, siap cakap 'toksoh la bagi ubat kat dia, biaq nanti dia baik la..' 'amir jangan la demam lagi ye, sian tok tengok mak hang dera' laaaa....orang tua ni.

ni masa mama dok membelog ni mama dok pening-pening lalat, pasai...mama pon demam uuuwaaa........dah la demam penyakit lama gatai nak mai tumpang sekaki jugak. dulu mama ada masalah ngan ovari mama. malas nak cite weh. long story........