susah senang
keluarga mama bukan la dari yang senang banget, juga bukan la dari yang susah amat. sederhana gitu-gitu je. bunda mama surirumah dan peniagawati (kedai makan kecik, bersama ngah abah mama). bila kami (bunda, ayahanda & mama) balik dari menunaikan haji taun 1989, ayahandabunda mama terus tukar kerjaya. sorang ustazah sorang pemandu bas sekolah, sehinggalah ayahanda meninggal dunia & bunda mama la ni balik dok pondok di kedah (tempat pengajian)
mama berkahwin dengan A pada 1994 setelah 3 bulan bertunang. dapat N pada januari '95 (bu**ing pelamin). mama keje masa tu. jadi typist kat library um. hidup mama ngan A, alhamdulillah. cinta keranaNYA memang begitu la. kami dok ngan ayahandabunda. depa tak bagi A bawak mama pindah keluaq dari rumah kami, sehingga la....
ayahanda tercinta meninggal dunia pada ogos 95. dah wasiatnya nak dikebumikan di tanah kelahirannya, kedah. maka bunda mama pun takde ati nak dok kl lagi dah. dia pun ambik keputusan nak balik dok kedah, tapi bukan kat kampung sebaliknya pondok. bunda mama memang seorang yang kuat 'mengaji' (read: belajar). katanya masa dia muda remaja dulu jadi cikgu. isu dalam ngan luar negara kira terer la.
pas tu rumah tu kami adik beradik ambik keputusan, jual dan bagi2 hasilnya pada semua adik-beradik (3 adik beradik).
kami pun pi la sewa rumah sat, sementara rumah yang kami dok la ni siap.
mama berenti keje bila N dah nak masuk 4 tahun. puas la keje rasanye. campur tolak bebelas tahun gak keje. nak jadi cikgu kat anak plak. masa berenti tu mama mengandong anak yang ke 3. bole kata kawan-kawan tak bagi mama berenti. sedih gak bila nak tinggalkan gedung ilmu tu. tambahan plak hobi mama yang no.1 'baca buku'. tapi itu lah keputusan yang terbaik mama ambik. (mama minta petunjuk dariNYA).
pas tu syoknye dok umah. jaga anak sendiri. jadi cikgu kat dia plak. bole buat ape je, tapi siboknye mengalahkan masa mama keje dulu. masa keje ada minum pagi, rehat tengahari, teatime ptg, bila dok umah rupanya semuanye bertabor...entah bila masa minum, entah bila plak masa makan. dinner je yang betul.
dah nak dekat 8 tahun mama berenti keje. tetiba............rasa nak pegang duit sendiri pulak dah. nak beli apa pun ngan duit sendiri (macam kawan-kawan mama cakep dulu tu). A bagi tapi macam tak cukup je rasanya la ni, barang keinginan (bukan keperluan tau) makin mahal. dan ekonomi kalau sapa-sapa sedar la meeeeeeeeemang makin teruk. api naik. minyak naik. apa-ape lagi la naik. kalau tak salah mama tiap 10th ekonomi 'dunia' merudum. sesapa yang dah melalui zaman pekerjaan masa 1987 tentu merasa, ada orang yang berkait kena diberhentikan kerja. tahun 1997 pun macam tu gak. ni nak masuk 2007 haa...dah rasa kan. roda berputar.....
apa yang mama rasa nak buat la ni (dalam kepala otak) nak niaga. dah jiwa niaga ni, nak niaga la jugak. malahan pas je mama abih sekolah. mama mula bisnes sendiri. jual jajan budak-budak, segala macam mama jual, asal je makanan yang bebudak suka mama cuba adakan. mama jugak buat aiskrim malaysia. macam-macam perisa. sampaikan simpanan mama kat gudang duit (bank la) bole tahan tau. entah mai mana pulak rasa jemu timbul dan seronot keja kat dalam ekon. bye-bye la usahawan tu..
kat pasar pagi yang mama dok pi ada jual macam-macam mak nenek depa jual. mama pi pasar pagi cina sebab barang yang depa jual tu segar cuma mahal sikit. pasar tu kecik je. pasar tepi jalan, bukak-bukak payung. pasar ni dikendalikan oleh persatuan. ada sistem. bebenda yang kita tak leh dekat tu depa asingkan jauh dari orangramai.
mama nengok satu je depa tak jual 'kuih-kuih melayu'. mama ambik masa tiap kali bulan puasa, bila kat pasar ramadan ni ramai betul orang carik kuih-kuih ni, terutama orang-orang cina. jadi mama rasa la nak niaga kuih macam masa orang jual kat pasar ramadan. bebagai jenis ada. mama bole la buat 3, 4 jenis. la ni nak kena carik sapa-sapa nak tumpang jual. mama ada 2,3 orang dah. semoga usaha mama nanti beroleh restu dari ayahbunda & rahmat drNYA.
