MAMA.....N.Ai.M.

di sini segalanya terhimpun...

Friday, December 15, 2006

segala rasa....

semalam mama dah pi tengok sekolah untuk naim dan ainin. minggu depan nak pi tengok tadika untuk amir lak.

nampak gayanya dari ayat di atas makanya hampir rasmi la mama akan bermastautin kat merbok ni. kalau ALLAH dah tentukan rezeki mama kat sini segalanya mama terima dengan syukur alhamdulillah.

perasaan mama....

hanya ALLAH yang tahu bagaimana resah, sedih, pilu bercampur baur dengan segala rasa. gembira adalah sekelumit agaknya. betapa setiap waktu setiap detik mama dok pujuk hati supaya tidak terlalu mengikut perasaan. airmata tak kering di pipi. bagaimana mama nak menghilangkan segala kenangan segala perasaan segala penghidupan yang mama tempuhi selama di sana.

tak tau mama nak susun kata..hanya segunung sedihpilu yang ada sekarang ni.

ya ALLAH kuatkan tabahkan .........

6 komen kot

Anonymous oren said...

memang berat buat keputusan sebegini, tapi mana tau, inilah yang terbaik untuk akak sekeluarga..berdoa banyak2 yer..

19/12/06 4:27 PM  
Blogger yus said...

banyak sabar yer kak...mungkin ini satu permulaan kepada kehidupan yang lebih baik di masa depan. Mula2 memang susah kita nak sesuaikan diri kan. Yus pun dalam proses penyesuaian....

19/12/06 4:58 PM  
Anonymous uda said...

kak zie, lama tak menjenguk sini. sori ya.

rupanya kak zie dah jauh di utara. nampaknya bertambah lagi kawan2 yg tinggal jarak jauh dgn suami. harap kak zie bersabar ya.

err..takleh masuk streamyx ke kat rumah tu?

9/1/07 5:15 PM  
Blogger kakZ said...

oren, yus & uda: terimakasih kerana turut mengobat hati pilu akak ni...huhuhu insyaallah masa akan membantu akak.

21/1/07 8:07 PM  
Blogger Ayu said...

sabar yer kak.. sy faham apa yg akak rasa tu.. sy kan pernah mengalaminya (dan akan mengalaminya lagi sbb mmg working nature hubby sy mcm tu :( tapi apa bleh buat kan kak..redha..)

kalo akak sunyi and nak hiburkan hati.. akak pasang streamyx and online.. mungkin berblogging akan bantu akak isi masa terluang :)

23/1/07 5:32 PM  
Blogger kakZ said...

ayu; memang tak keruan hati ni bila fikiq pasai streamyx..streamyx..streamyx..online..online..online..apalagi berblogging..huhuh :(

kalau ikut hati harubiru jadinya. ni pon kakz mai dari s.petani nak usahakan streamyx. satu hal yang serius tau, tapi satu hal yang problum besaq aiyaa...kabel talipon selalu kena kebas kat kampung ni. malaun betul!

24/1/07 11:44 AM  

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home