tag sana tag sini
ingat hari ni nak buat entry pasai majlis ihtifal (konvo) ainin, tapi kena tag ngan yus pulak. ni la firstime kena tag. bunyi 'tag' tu cam seriau je, tapi mama rasa syoik pulak..kenapa ye? heheh...
ni la dia...
5 things i would like to do if i were a millionaire:
1. langsai segala hutang-piutang - en.A banyak buat hutang, mama suruh :D
2. pusing keliling dunia dan dah tentu pi haji bawak segala kaum kerabat
3. buat kebajikan - bina masjid, rumah anak yatim
4. beli balik rumah bonda dan ubahsuai bagi jadi gah! bagi kalah itu dato-dato. hahah... (gelak set*n ni)
5. shopping sepuas hati.
6. eh....sampai 10 tak leh ke? banyak lagi nak tulih ni.
5 bad habits:
~ ni yang tak syoik ni...tak baikkan cerita keburukan diri sendiri. hehe..
1. sambil tengok tv, suka raba muka sendiri
2. pantang nampak 'punat' kat huby ka, kat N.Ai.M ka, mesti nak picit kasi keluaq isi dia.(jerawat la, jeragat la, bintil ke)
3. suka suruh ainin belai/sikat rambut mama dia sambil mama dia baring-baring, try la... syoik ooo, tangan depakan halus je
4. suka ubah-ubah perabot. tak dan sebulan ubah, dah nak ubah balik
5. cepat nak hangin ngan N.Ai.M. tapi yang tak best cepat lak nak cool balik
5 things i hate doing:
1. gosok baju - huby cerewet bab highway-highway ni.
2. buat failing - dulu kerja pon jadi salahsatu tugasan dan dok umah ni pon kena buat jugak untuk hubby :(
3. kena jawab soalan pelik-pelik dari ainin ngan amir
4. kena panjat kalau nak ambik barang yang dok tinggi-tinggi. selalunya tunggu naim balik sekolah la.
5. cuci kipas
5 things i never do:
1. apa yek???
2. never do ni tak pernah buat ke atau tak akan buat?
3. macam ni la ye...umum je jawabannya
4. semua yang tak mampu buat. beli keinginan (bukan keperluan) yg mahal2, dok tempat mahal2 cam 5* hotel, melancong tempat mahal2, semua yang kena perabih duit la.
5. jenayah besaq yang mengakibatkan masuk penjara kot
5 things i regret doing:
1. beli karpet salah kaler ngan tema rumah
2. cat rumah kaler oren bali (tak senang dok selagi tak tukaq, la ni dah tukaq legaaaaaaaa)
3. marah naim tapi adik dia punya salah - tak pasal2 kena mintak maaf kat dia balik
4. serah bulat2 pada kontraktor buat kabinet dapor, dah siap tengok2 alakmak!! (mama kat kg masa tu)
5. dok kat kejiranan mama la ni (memasing buat hal memasing). tapi apa nak buatkan, dah rumah kita kena jugak la dok. nak pi mana lagi. ~akan aku balik merbok satu hari nanti~
5 fave toys or things:
1. vacuum. takdak ni jenuh mama nak 'cuci' rumah.
2. komputer/internet - tempat buang tension
3. pen ka pensel ka - suka na nak mencatit itu ini
4. tv beserta remote - ada satu hari tidoq kat pondok bonda tapi tv takda sebab dah kena pos ke merbok jadinya sanggup keluar duit pi beli tv sertamerta (hamba media betul la!)
5. jam. kerap nak tau, pukul berapa dah?
5 people i choose to do this:
~ yang best ni ~
1. naim - anak mama yang malas nak sapu sawang tu.. hehe nanti nak paksa dia.
2. nak tau jugak apa citarasa orang buku ni. jiwarasa
3. ummimon - dah kena ke belum?
4. orang dari negara kelahiran mama, D heheh.. bolekan?
5. ni yang best ni. riyadh, anakdara pulak tu. apa depa punya lingkaran hidup?
okeh yang kena tag tu, terima la dengan reda ya :)

6 komen kot
waa...bestnya, cepat betul kakZ jawab tag dari yus..tq...
Pulak tu, kita bagi 5, dia nak jawab lebih utk yg pertama tu..hihi.
yus pun boring nak jawab soalan yg ntah apa2 dari Aqil, lemah kadang tu, banyak kali tanya pulak tu...hihi.
tu la namanya 'tempat buang tension' yus. lega bila dah luah apa yang kita rasa, apa yang kita mau...kan manusia ni tak puas, selagi boleh mintak selagi tu la nak. kalau nak lagi 100 impian pon bole disenaraikan. heheh..
macam tu la mak, semua tak kena, semua nak kena risau. kalau nama abah ke ayah ke cool je..hihi
Oho..kakZ tengok tv suka raba2 muka ya. ok la tu kak..uda ni kalau tengok tv, mau habis rambut kena cabut ekeke. susah betul nak buang habit kan? hehe
uda; rasanya tak mau buang la habit tu. heheh..sapa-sapa yang dekat pon jadi mangsa ka?
salam dipagi jumaat...
sonok kan berangan jadi kaya raya nie...
mcm mcm yang buleh kita buat, kalau kita ada duit banyak..
org kata duit tidak menjanjikan kebahagian, tapi kalau tak der duit buleh gaduh n cerai berai...
salam di pagi jumaat gak.
tak kaya nak kaya tapi kalau dah kaya takut jugak. takut lupa diri. akak tengah takde duit ni, tu yang syok berangan tu.
Post a Comment
Links to this post:
Create a Link
<< Home