rindunyaaa
jenuh mama nak pujuk hati rindu ni. layan pi sana..layan pi sini..tapi tak jadi jugak. cybercafe yang ada di merbok ni cuma satu. hari-hari mama mai dok ulang tapi pintu kedai dia dok katup je. rupanya tokey tu pi kerja luaq. ada service kat sekolah. tak dak orang nak ganti. alahai...
merbok??? mama balik merbok, kedah. cuti bermula ja mama dan N.Ai.M. pon berangkat balik ke merbok dengan dihantar oleh en.a.
keberangkatan balik (cewah...) mama ke sini atas sebab-sebab berikut:
1. bercuti
2. berhariraya haji
3. mengabiskan masa
4. carik peluang bisnes (tolong huby)
5. dan yang penting sekali...
6. cuba-cuba hidup di kampung
penjelasan bagi no. yang berkaler tu.
mama ngan huby merancang untuk berpindah hidup ke merbok. dengan cara dia berulang alik dari kedah ke kl mencarik rezeki. yang tinggal menetap di sini mama ngan anak-anak la. semuanya ni adalah kerana
1. rumah dah ada dan tak dak sapa nak jaga
2. naim pon nak bersekolah di sini. kalau tak taun depan pon insyaallah 2008 dah tentu dia nak bersekolah di sini. telah ada sekolah yang akan ditempatkannya.
3. begitu jugak ainin, dia pon syok sangat2 nak sekolah kat sini.
4. kos sara hidup yang meninggat kat kl nu..tak tahan dah mama
5. banyak lagi sebab yang bersangkot paut sana sini. berselirat kepala otak mama nak memikirkannya.
tapi masalahnya...
huhuh :( baru 4 hari en.A tinggalkan kami kat sini..mama dah macam ulat kepanasan. tak senang dok. 2 hari lepas mama demam rindu punya la teruk. tu satu hari 2,3 kali talipon tu.
macamana nak tetap di sini dengan dia kat sana.
macam pengantin baru mama ni kan. buat malu je.........

6 komen kot
aik, dah nekad nak balik kedah?
memula memang tak besa, lelama nanti ok la tu (tiru macam saya)..hihihi..
bestnya kak..dah lama kahwin pun rindu-rinduan yer..
Kalau yus pun tak boleh rasanya, tapi kalau dah biasa nanti mungkin ok kot....
alahai, cepat2lah pasang internet kt umah kak
semoga berjaya beradaptasi dgn kehidupan baru...kitaorg kat sini sentiasa doakan akak...kim salam kat ainin yg cute ek...cikgu2 sangat merinduinya...hu...hu...
kak.. balik merbok ka? hmm ok per merbok tuh.. akak pasang le internet kat umah..
oren; taktau la dah nekad ke tak, tapi sekolah naim ngan ainin dah dicari, dah jumpa dan dah sesuai untuk depa..tunggu nak dirasmikan je. yang mula-mula nak besa tu la senak tu..hihihi
yus; mesti rindu-rinduan hingga hujung usia...tapi jangan jadik cam nang-nak dah..takutttt
faizah; insyaallah tu la perkara pertama yang akak akan laksanakan. nampak cc kat mana-mana, mengeletek je kaki ni nak pi dok sidai...hihihi.
riyadh; Allah je yang tau bagaimana rindunya kami kat sini pada semua di sana. insyaallah kita akan bertemu bila akak balik ke sana untuk 'persiapan' di sini.
ayu; dah mai merbok ke? kalau mai lagi tobat mesti mai rumah akak tau.
Post a Comment
Links to this post:
Create a Link
<< Home