MAMA.....N.Ai.M.

di sini segalanya terhimpun...

Friday, November 17, 2006

ihtifal ainin


mama cukup suka kalau ada aktiviti kat sekolah anak-anak. la ni dah ada 2 sekolah yang mesti mama libatkan diri. SRIP untuk naim dan PASTI untuk ainin. kalau ada apa-apa hal walaupun kecik mama mesti hadirkan diri. rasa rugi kalau tak pi. tapi kita merancang. ada sekali tu pada hari dan waktu yang sama, sekolah naim buat majlis penutup amal islami, tadika ainin lak buat minggu kesihatan. nak tak nak kena la mama ngan en.A buat pilihan. oleh kerana en.A selalu tak sihat (heheh...) mama dengan rela hati pi sekolah naim. syok la huby sebab ada 3 doktor kat tadika ainin. dia dapat hadiah lak tu sebab dapat jawab kuiz yang disediakan dalam program tu. ikhlas tak mama ni...kena tuntut ilmu ikhlas kat pakaji romli nampak gaya. ~huhuh sedih sebab ibuendang tak jadi kawin ngan dia~

melalut mama ni..balik pada entry di atas. pada sabtu lepas 11Nov. PASTI ainin mengadakan majlis ihtifal (konvo). ~pon jatuh hari dan waktu yang sama ngan SRIP naim, majlis ilmu + majlis hariraya. mama pi dua-dua sekali, tapi lama sikit kat PASTI~ alhamdulillah ainin dapat tempat ke-2 dalam peperiksaan akhir tahunnya. tak sabar-sabar dia menunggu hari. hari-hari dok tanya 'mama, berapa hari lagi?' bukan pasai dapat hadiah tapi nak naik pentas. nak nyanyi. ainin ni orangnya suka glamour lebih. hihi...


PASTI ainin ni namanya BESTARI. masa mulanya mama ingat BESTARI diambil dari perkataan best. mungkin hendaknya depa supaya segalanya dapat jadi sebaik perkataan best. rupanya maksud BESTARI ~Bersama Sertai Tarbiah Islam~ baru la pakat-pakat kata 'oooooooooo....' ni la dikatakan belajaq tak berguru. heheh..... main paham sendiri, tak bertanya.

tadika ni baru berusia setahun tapi pencapaiannya hebat. juara futsal peringkat daerah. dari segi akademi pon boleh tahan pencapaian anak-anak yang diasuh. tenaga pengeraknya propresional. cikgu2 yang mengajar semua lepasan universiti. UM. semoga PASTI ni terus BEST!

ni la yang dia dok tunggu-tunggu tu. dengan sepenuh hati dia melagukannya. best jugak suara anak-anak ni. memula bertabor jugak tapi bila tiba lagu last (3 lagu dibawa), lagu Selamat HariRaya rancak je dengarnya.

la ni bila dengaq je lagu 'Subhanallah' kat radio (IKIM selalu ke udarakan lagu ni) dia mengaku 'eeee...lagu akak, lagu akak', hihi... perasan lak anak dara mama ni.

tengok gambaq - budak perempuan steady je, yang lelaki 'sana-sini' kan. memang lumrah alam kot :)


anak sapa ni? (ikut irama iklan tv9)mama kagum sungguh ngan makayah dia. baru 5 tahun dah pandai baca al-Quran. yang tudung putih tu bacakan terjemahannya. yang tudung pink tu...sahabat kita. tukang teman bebudak. heheh..

tu la rupa pentasnya. tak la sehebat mana, cuma persembahan yang diadakan hebat-hebat. ada lakonan, ada nasyid berkumpulan. dan yang best ada bacaan puisi agaknya dari kawan cikgu-cikgi tadika ni. ye ke riyadh?


yang pakai baju kuning tu namanya Us.Nasir. dia ni top kat Selangor/KL ni, terutama area Puchung-ShahAlam. takzirah yang dia beri cukup menarik dan menyentuh. bahasa dia mudah. mama suka kalau dengaq dia ceramah tambah-tambah dengan wajah yang tak jemu dipandang tu, heheh...

hari tu dia bagi takzirah macamana nak didik anak-anak. macamana nak bergaul dengan anak-anak. dia beri penekanan tang bab bermain dengan anak. pentingnya bermain dengan depa. jangan dok sibok suruh belajar je..macam mama ni.

ni salah sorang dari anak kawan mama. (ada 2 anak dia kat PASTI ni) boleh tahan jugak pandai dia. periksa 2x berturut dapat no.2. kat belakang tu ayah dia. semua anak-anak yang akan bersekolah tahun depan diiringi oleh ibubapa naik ke pentas. mama suka nama dia. Nadhir al-Khattab. jarang ada nama tu kan.

hihi..mama ainin pon sibok nak bergambaq jugak.

gambaq yang cerita pasai us.nasir tu kan nampak kerusi kosong. sebenaqnya banyak yang dok belakang. mama heren gak kenapa orang kita suka dok belakang-belakang. sekali lagik, lumrah alam...

yang dok senyum lebeh tu la mama al-khattab :D, ina...ina...

3 komen kot

Anonymous riyadhussalihin said...

Tq akak..riyadh bukan tak mo pi blog akak...cuma jarang dapat peluang online sejak modem rosak ni.Aha...gambar yg riyadh janji nak kecikkan pun dah dikecikkan.nanti lah riyadh email kat akak..tima kasih atas sokongan selama ni.sedih gak akak kemungkinan takde thn depan.huhu..tapi riyadh doa..harap2 akak dapat bertahan sampai bila2.biasa la...bisnes...ada turun naik...doa banyak2 ek.

19/11/06 2:35 PM  
Anonymous riyadhussalihin said...

aha..betul la..yg berpuisi tu AJK Pasti Bestari...dah nak kawin bln 12 ni.hehehe

19/11/06 2:39 PM  
Blogger Ajzie said...

Seronok kan pergi majlis2 mcm nih. Bagus semua aktiviti yg melibatkan parents kita boleh ikut sama kan kan..

20/11/06 4:44 AM  

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home