buat hal
nampaknya hajat mama nak bercerita bergambar berhariraya tak terlaksana hari ni. cik puan sony buat perangai lagi. memang nak kena pecat ni.
kita tukar topic
AININ Belajar Mengeja
episod 1:
di suatu petang di bulan puasa (perjalanan ke masjid)
ainin: mama, mama nak dengar tak akak eja McDonald?
mama: (dengan amat kagum) wah akak pandai eja Mcdonald?
ainin: aaaa, akak pandaiiii (nada suara amat bangga)
mama: ok, eja la (suspen je mama)
abah: a..aa, eja, eja
ainin: cam ni K.F.C....mcdonald
mama ngan semua kaum kerabat: gelak macam nak terkeluar dari kereta
episod 2:
Hari yang sama (waktu malam - perjalanan balik dari masjid)
dalam mama dok syoik bersembang isu-isu semasa ngan hubby
ainin: mir, mir
amir: pandang kakak dia (naim dok khusyuk mengelamun)
ainin: tuuu... (tunjuk ngan jari berserta mulut) T.E.S.C.O.......Giant
amir: ???????????
mama & abah: la..... (gelak lagi)
naim: kenapa mama, gelak apa?
nota: kami lalu depan tesco masa tu.
sampai hari ni mama masih nak gelak bila lalu depan tesco (memang hari-hari lalu depan tu sebab pi antaq ainin kat PASTI).
AMIR baca doa makan
walaupun amir dah 4 tahun mama masih suka suap time makan nasik. kalau dia makan sendiri yang tinggal dalam pinggan bila dia sudah makan 'sampah-sarap' (bagi dia la..) habis-habis cuma carrot je yang dia ngap. kalau mama yang suap boleh lak dia telan semua tu. ainin pon lebihkurang cam tu la jugak. naim pulak punya la pilih jenis sayur yang dia makan. macam la kalau makan sayur yang dia tak makan tu boleh dapat sakit. (punya la banyak perkataan makan, :D)
balik pada kisah amir berdoa makan
dah jadi sebati ngan dia (naim&ainin jugak) kalau makan mesti baca doa dulu. jadi satu masa dulu nasi masih panas. mama nak suap kena tiup banyak-banyak dulu. mama pon kata la
amir, baca doa dulu la, panas lagi ni.
ghopanya....paham dia tiap kali benda makan panas kena baca doa dulu, bagi sejuk makanan tu. walaupun dia tambah 2,3 kali benda yang sama. jadi tiap kali dia tambah dia akan ulang baca doa makan tu.
alasan dia, "baca doa lagi, panas ni"
bayangkan.....(nasib baik dia dah hafal doa makan, kalau tidak jenuh jugak ngan mama sekali kena ulang baca)
kita terang macamana pon dia nak stail tu jugak sampai la hari ni.

8 komen kot
dulu masa kat opis, kawan2 opis salugak perli...sebab saya oghang kedah... so depa eja:
K.A.M.U .... hang!
:-(
alhamdulillah, baguslah mcm tu kak, takdelah dia lupa nak baca doa makan. Tapi, kalau dia makan makanan yg memang sejuk macam mana pulak tu?? Yelah, makan puding atau ais krim??..
azer, saya dah pi tengok blog K.A.M.U....hang :D cukup tertarik dan kagum ngan seni matematik tu. tak sangka matematik begitu berseni. saya amat tidak menyukai matapelajaran tu.
yus; baca jugak tapi sekali hadap dah aiskrim tu abis (sekali boh dia nak banyak, tak tambah dah)
Amir 4 tahun, Ainin berapa pula? ok lah dah pandai baca doa makan..
ainin 5 tahun. mereka tak de jarak, sebab mungkin doa mama depa dikabulkan (depan kaabah) nanti akak buat entry pasai kelahiran anak-anak.
hahahha..
Mira plak associate ngan logo..tau aje logo giant camana, tesco camana..
:)
waduh... anak sedaraku balik dari kelas taska sudah tahu menyanyi Dealova...
nasib baik dia pelajari runut dan lirik itu dari temannya.
tu la oren, budak-budak senang sungguh ingat benda alah tu. kalau la ilmu akhirat senang ingat, sejuk perutkan...
amiene: sepintas lalu saya pi jengok (dan baca) blog saudara. begitu menarik dan jadi takut kalau2 blog saya ni dikritik. jangannnnnnnn la :D
Post a Comment
Links to this post:
Create a Link
<< Home