MAMA.....N.Ai.M.

di sini segalanya terhimpun...

Sunday, October 08, 2006

mari berbuka di masjid

okey ari ni mama nak cite detail sikit pasal berbuka di masjid. hari tu pb talipon tanya mama camana gayanya. dah pi ke pb?

banyak masjid sekitar subang-shah alam yang mengadakan program berbuka untuk jemaah. di puchung tempat mama dok ni mama kurang pasti. rasanya ada tapi tak meluas sangat. yang selalu mama pi anak-beranak masjid al-falaq di usj (taipan). ada jugak mama merayap ke masjid subang airport (airport lama). kalau hari cuti mama jauhkan perjalanan ke masjid negeri shah alam. ada jugak surau yang anjurkan majlis ni, salahsatunya surau al-madaniah (kalau tak silap, usj 21) dan satu lagi masjid darulehsan (dekat carrefour subang) juga masjid ttdi shahalam. weh banyak tu. jenuh kalau nak atur. tu la sekitar puchung-subang-shahalam yang mama tau dan mama pi. dan dah tentunya masjid-masjid besar sekitar wilayah & selangor turut serta mengimarahkannya.

la ni kita bercerita sambil jalan-jalan tengok gambar untuk menjelaskannya lagi key.

ni mama cerita kat masjid al-falaq. apabila kita sampai je (cam pemandu pelancung lak, heheh :) kita carik la tempat duduk. muslimin & muslimat asing duduk makannya. tapi kalau nak makan bersama keluarga tak kisah la. cuma kena la carik tempat sendiri. kalau awal lagi solat la tahhiyatul masjid & serta dalam tahlil arwah yang memang diadakan setiap hari selepas asar. pas tu ambik la apa-apa juadah yang disediakan. yang memang disediakan kurma & buah2an. ayaq dah tentu ada. ada panas ada sejuk. selalunya ada kuih yang dibawa jemaah untuk sama-sama menikmatinya.


berbuka ni cuma makanan ringan je. (gambar tu kat masjid subang airport) selesai berbuka (lebihkurang 3-4minit) kita solat maghrib berjemaah.

siap je solat hidangan pon tersedia dah. tinggal cuci tangan. (tapi tangan selesai solat, tangan bersihkan) makan la ikut suka. nak makan ngan kawan-kawan ke, nak makan ngan keluarga ke. mama selalunya makan ngan keluarga. naim je kadang-kadang makan ngan kawan-kawan dia.

kat masjid al-falaq ni memang makan dalam talam. setau mama memang kebanyakan masjid makan dalam talam. cuma masjid-masjid besar kot yang makanannya disediakan dalam kotak (kotak putih tu). makanan yang disediakan dah tentunya nasi. berbagai-bagai nasi.




kenkadang nasi putih, kenkadang nasi hujan panas (nasi kaler-kaler), kenkadang nasi minyak, kenkadang nasi biryani.






selalunya nasi ni la. boleh kata hari-hari. bulan ni orang lain turun depa punya berat tapi mama sekeluarga tambah kot...sebab mesti kena mintak nasi tambah......... heheh :)




dah selesai makan.........








setiap masjid akan ada program takzirah. terpulang pada masa masing-masing. al-falaq akan mengadakan takzirahnya sebelum masuk waktu isyak. jadi tak la terbuang masa nak menunggu waktu solat. selesai je makan mama akan masuk saf dan dok dengaq. anak-anak waktu ni enjoynya. depa main sepuas hati. kalau ainin sibok ngan buku, kaler, pensil ngan kenkawan dia. pakat bawak. naim melompat la kat luar masjid. amir keliting sana, keliting sini. (lari keliling) mama tak kisah kan depa sebab depa dah besa (biasa) suasana masjid tu. bebudak ni tak mengganggu jemaah, sebab tak hingar bingar. memang disiplin. main je..mulut tak bunyi. sok sek, sok sek kalau nak cakap.


ni gambar mama sempat snap waktu solat terawih. lihat tiangnya...macam kat mana?

kalau 10 malam terakhir masjid ni akan mengadakan kiammualail-sahur-solat subuh-kuliah subuh. yang sudah sekali-sekala cheabang pi ngan naim. masa tu amir ngan ainin kecil jadi mama kat rumah je. mama rasa insyaallah rasanya mama nak pi la taun ni. moga ALLAH izinkan. amin.

okey pb, kenkawan sekali-sekala ubah selera ya!

4 komen kot

Blogger ummi said...

kakZ - saya rasa blog saya tu takleh masuk due to background stripe tu. after saya remove aje, terus boleh tengok via IE. sebelum tu kalau browse guna IE, dia akan shutdown browser tu. netscape boleh aje.

8/10/06 3:09 PM  
Blogger kakZ said...

ummi; blog ummi tu salahsatu 'kewajiban' pada saya hari-hari. satu ari tak masuk tak leh dok diam. satu lagi yang favorite tu kat pancakelife. banyak jugak resepi yang dah akak cuba & jadi sodapppppp. tq.

9/10/06 5:13 PM  
Blogger Ayu said...

Kak Z, sonoknya tgk akak.. sy jeles tauuu :)

11/10/06 10:36 AM  
Blogger kakZ said...

ayu; aik...bila tengok? jom pi sama

11/10/06 12:15 PM  

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home