MAMA.....N.Ai.M.

di sini segalanya terhimpun...

Tuesday, October 31, 2006

kembalilah...

bonda, insyaallah mereka akan kembali sedikit demi sedikit.

yang dikasihi & dirindui setiap tika

Hazarina

Izwan

Faiz

Reza



salam kembali.

semua orang ada kisah hariraya.

cerita mama....

setiap kali aidilfitri, mama terutama sekali bonda tercinta cukup ternanti-nanti. menunggu kunjungan tiba satu keluarga yang boleh dikatakan cuma setahun sekali bertemu. bertemu di aidilfitri.

bukan sesapa....cuma cucu sendiri.

pelik tak? cucu sendiri dapat jumpa cuma setahun sekali. rasanya bukan bonda mama je yang menerima nasib begini. ramai lagi. sapa-sapa yang menghadapi situasi begini sudah tentu faham rasa pedihnya.

cucu-cucu bonda ni dari anaknya yang sulung. kakak mama. almarhamah Maznah Haji Abu Hassan. setiap kali mengenangkan arwah mama tobat (orang kedah kata sungguh2) pilu. bukan mama pilu dia meninggal dunia malahan mama bersyukur dia kembali kepadaNYA di waktu usia baru menceceh 40tahun. mama pilu mengenangkan derita hidup dia.

mama bertiga beradik. kakak, abang mama dan mama sendiri. walaupun jarak umur kami 10tahun, mama dan kakak ni cukup rapat. sebelum berkahwin dia kerja. kerjaya yang agak bagus gajinya. setiap kali dia menerima gaji pasti mama dapat habuan. mama mewah sungguh waktu tu. cuma mama adik perempuan dia. baju-baju sahih up-to-date. setiap kali hujung minggu pasti dia bawak mama keluar. paling tidak window shopping. kalau ada wayang baru, kami pi tengok. memang setiap hujung minggu kami keluar jenjalan. cam tak cayakan. tu la kakak mama. dia jamu mama sungguh. al-maklum dia tiada teman lelaki. bukan stail dia untuk berpacaran. dia cukup tak suka kalau ada lelaki yang cuba-cuba mengorat dia. nak kawan bagi dia kawan saja. tidak lebih. bukan tak cantik padahal bagi mama dan sesiapa yang pernah mengenali dan menatap wajahnya pasti terpesona dengan keayuannya. manis senyuman dia.

bermula kisah pilu dia....

kakak dipinang. bersyukur ayahbonda mama. anakgadis sulung bakal menginjak alam rumahtangga dengan restu semua. tambah 'lega' sebab bakal suaminya kami semua kenal. dia salah seorang pelanggan kedai makan ayahbonda. boleh kata setiap hari dia akan datang membeli juadah. dalam kategori handsome jugak. kerjanya ok. masa tu kalau ada kereta hebat la.

walaupun bertunang kakak mama tetap menjaga nama. boleh dikatakan mereka tidak 'berdating'. mungkin tu silap kakak..tak mengenal sebetulnya bakal suaminya. tak lama mereka bertunang.

selepas je diijabkabul mereka berpindah keluar. tak jauh dari rumah kami. saat-saat bahagia. kakak menggandung anak sulung. orangkata bunting pelamin. oleh kerana dia tidak lagi bekerja (berenti sebab nak kawin) setiap pagi dia akan dihantar ke rumah ayahbonda apabila suaminya keluar bekerja. pendekkata lahirlah anak yang dinanti. cucu yang dirindu.

episod mengulang ke rumah ayahbonda berkurangan sikit. pada mulanya tak ketara...lama-lama, tahun berganti makin ketara dan jelaslah sudah, si suami menyimpan rasa cemburu pada ayahbonda mertua sendiri yang dilihat amat mesra dengan cucu-cucu yang baru 2 orang. tak tau kami apa yang mulanya. tapi ianya sedikit demi sedikit dilihat amat ketara. tokwan menanti-nanti cucu berkunjung. nanti tak mai, nanti-nanti tak mai jugak. nak kata jauh tak. cuma 2 kilometer jarak. apabila rindu tak dapat ditahan tokwan pi jenguk. cucu-cucu yang memang mesra dengan tokwan merengit nak ikut balik ke rumah tokwan. tokwan bawak balik. nak harap depa mai pakai tak mai la. jadinya bila cucu-cucu tak mai, tokwan pi. bila tokwan pi depa ikut balik. bila tokwan pi depa ikut balik. si suami yang dah jadi bapak ni dah rasa lain. bagi dia ayahbonda mertuanya nak merampas anak-anaknya.

hubungan jadi renggang bila dia tak bagi cucu-cucu ikut balik. anak-anaknya pon tak 'diberi' tambah la isterinya. anak sulung kesayangan ayahbonda mama. (dia dah berkerja dari rumah, jadi peniaga sepenuhmasa. la ni dia dah berjaya dengan perniagaannya) bila masuk anak yang ke-3, makin cemburunya melampau. boleh kata tak bagi kakak menjenguk ayahbonda. mama kata 'boleh kata' tu sebab dia tak akan mai ke rumah kami walau atas apa sebab. kalau kakak mama nak mai, kena la dia usaha sendiri. tu pon jarang sekali diizinkan. naik bas ka, naik teksi ka. (masa tu kami dah berpindah ke puchung, dia sehingga kini masih di rumah lamanya di sunway) padahal waktu tu kakak mula dapat sakitnya. ada sekali dia hantaq tapi takat jalan luar je. jadi kakak turun dan jalan kaki masuk ke dalam kawasan perumahan kami dalam tengah sakit-sakit tu. sebak sungguh hati mengenangkan. tu pun tak boleh bermalam. kena balik jugak walaupun mai dah lewat petang. ada sekali tu kakak tak balik lagi, dia talipon dan marah-marah suruh kakak balik.

kakak mama ni cukup taat pada suami dia. walau apa dia terima. dia seorang yang terpelajar (dia menerima anugerah pelajar melayu terbaik semasa bersekolah di Singapore) antara kami bertiga beradik dia yang paling bijak dalam segala ilmu. dia tahu memandu. cukup fasih berbahasa inggeris. dia cekap dengan tulisan trengkas malahan dia tahu membaca note muzik. nama saja segenap jalan di selangor dan kl dia cukup cekap. dia jadi pemandu pelancung bila ada sanaksaudara dari kampung nak berjalan. arwah abah kalau nak pi satu-satu tempat tak tau memang kena pakai khidmat dia. tapi tak tau mama kenapa dia terlalu menurut kata suaminya. mungkin kesetiaan mengatasi segalanya.

dalam kakak sakit, dia mengandung anak yang akhir. ke-4. doktor melarang dia menggandung lagi semasa dapat yang ke-3. tapi dah rezeki ALLAH agaknya. sihat anak tu. tapi dia yang makin merana. dia menjalani rawatannya di hospital UH. setiap kali dia perlu mendapatkan rawatannya kakak terpaksa mendapatkan teksi sendiri di waktu nak balik. waktu pergi adakalanya sang suami mengantar. tapi yang amat diperlukan sebenarnya di waktu nak balik sebab sudahnya rawatan 'itu' pesakit akan lebih merana dek kerana kesan ubat. rasa terbalik dunia ni kata kakak. alasan si suami, sibok nak meninggalkan perniagaannya.

mama bertemu jodoh ketika kakak betul-betul sakit teruk. hampir kami nak membatalkan majlis perkahwinan. tapi ALLAH tahu segalanya. kita merancang DIA menentukan. dengan kehadiran en.A dalam hidup keluarga kami, dia merobah keadaan. hubungan yang renggang sedikit dapat dirapatkan. waktu tu abah mama dah kembali padaNYA. tak dapat la dia merasa 'manisnya' kerapatan tu. kakak dah makin berat sakitnya. setiap kali waktu rehat, mama akan bergegas dari UM ke rumahnya di sunway untuk merawatinya. (mama memandikan dia). seperti biasa si suami...sibuk. masa tu bonda pon turut menjaganya walaupun ALLAH je yang tau perasaan bonda bagaimana rasanya dilayan 'baik' oleh menantunya. bila habis waktu kerja mama tak balik ke rumah, mama ke rumah arwah. kadang-kala bermalam di situ. jadinya mama bertemu sekejap je dengan hubby bila dia berkunjung jugak ke situ. makin berat sakitnya kakak, kami berpakat baik-baik dengan suami dan dia setuju untuk mengizinkan si isteri kembali ke kampung. satu khabar gembira untuk bonda. kami berkonvoi.

adalah 2-3 bulan dia di kampung kami. kampung merbok. mama yang bekerja di sini tak senang duduk bila mengenangkan kakak kesayangan di kampung. hari-hari mama talipon bertanya khabar. bonda tetap mengabarkan yang sama, kakak macam tu jugak. (sebenarnya walau menderita sakit dia tetap nampak sihat, cuma tak boleh bangun je. kalau orang yang tak tau kata dia sakit memang orang akan anggap dia baring.)

mama tak sedap hati pagi tu. dalam perjalanan ke tempat kerja mama bagitau en.A, mama nak balik pagi ni. pi ofis sain surat cuti. alhamdulillah hubby kerjanya tak terikat masa. jadi dia tak de masalah. kami bertolak balik kedah pagi tu dan sampai lewat petang.

sampai je mama terus pi kat kakak. dia masih dengan senyum manisnya. dengan suara pelahan bertanyakan anak-anaknya. tak balik mai ka? masa ni yang mama tak dapat tahan sedihnya. tak dapat mama lupakan sehingga kini (sedang mama menaip pon mama terisak). sampai hati sang suami yang meninggalkan isteri yang sedang tenat atas alasan dah lama meninggalkan perniagaannya. (selepas kami berkonvoi mengantar kakak balik, dia ada balik sekali menjenguk kakak. masa nak balik kl semula bonda menegah, dia kata "maznah dah berat khalid, tak kan nak balik kot?" dia boleh jawab "tak pe la mak, saya dah lama tinggal kedai, anak-anak pon nak sekolah") hampanya hati sang ibu nak menatap anak-anak. sampai hati sungguh...

atas permintaan kakak senja tu dia minta dicepatkan bacaan Yasin. "cepat la baca" kata dia. selepas maghrib tak sempat isyak...tak sampai 10 ayat dari surah Yasin kakak kesayangan kembali padaNYA.

berbalik pada kisah suami, kalau ikut kata hati abang mama dia tak bagi talipon bagitau pada cik khalid tu. bonda mama tak mau kisah dah. nak habaq, habaq la, tak habaq pon dia tak tanggung dah, hampa perasaan ibu. dia dah halang, dah tegah awalnya. kosong jiwanya. mama kata walau bagaimana pun dia tetap suami kakak. mama yang talipon dan habaq kakak dah nazak. apapun yang terjadi memang dia tak sempat. dah selesai segalanya dia kata "menyesal tak sudah sebab balik kl jugak, saya ingat tak pa lagi. " anak-anak apa yang dikata terpaksa menurut kata ayah.

dia meninggal takkala esoknya...... mama melangkah ke 30 tahun dan anak sulungnya melangkah ke alam dara.

bermulalah undang-undang ketat dari sang bapa pada anak-anak. tak boleh langsung berkunjung ke rumah tok yang telah menetap di kedah pulak. tok yang merindu, memendam je rasa. ada sekali tu bila bonda berkunjung ke kl (rumah mama) kami bawak pi ke rumah menantu bertuah tu. dia menerima kunjungan kami dengan baik. seperti mana dia melayan tetamu yang lain. tetap dirai. cuma bila anak-anak seperti biasa nak ikut tok balik. dia seperti biasa melarang dengan bersungguh. tak yah la, tok dah mai cukup la, kata dia. elok kami keluar je dari rumah dia, selepas dia tutup pintu. tak dan (tak sempat) kami nak masuk kereta dengaq dia dok tibai anak-anak dia (tak salah dengaq mama, dia tibai dengan hanger) meraung budak-budak tu. bonda yang dengaq cucu-cucu kena tibai, ALLAH saja yang tau. en.A nak masuk balik dek geram, bonda halang. mama berkeras nak bawak pi bicara, bonda kata kita sapa dengan dia yang bergelar bapa. mama cukup marah campur pedih dengaq budak-budak tu kena tibai. siang malam mama tak senang dok. tak senang hati mama memikirkan bebudak tu. tengi`ang-ni`ang dok dengaq depa teriak. bonda mama terus balik ke pondok pas tu. tak tahan hati dia nak terus lama di kl.

mama jadi pendendam pada ipar mama tu. hati mama sakit. kalau tak ada en.A mau sasau mama. tapi lebih kurang 2 tahun lepas ALLAH memberi mama peluang untuk membersihkan perasaan dendam mama pada dia. kami (bonda, abang mama, mama dan dia dengan hazarina-dah cukup umur untuk dengar bicara) bertemu di bilik bicara kecil pejabat tanah untuk membereskan urusan jualbeli tanah arwah abah. ikut hati memang abang dan mama tak mau dia turut masuk campur lagi dalam urusan kami sekeluarga, tapi tak boleh sebab dia pon ada bahagian dan dia kuasa pada cucu-cucu arwah abah. di situ bila timbul tanya kenapa kami tak ambil persetujuan dari pihak dia bila buat keputusan nak jual harta abah tu, (kami disalahkan kerana ini) mama naik angin dan di situlah mama mengemburkan segala rasa pada dia. mama bongkar pada hakim tu apa yang dia buat selama ni pada kami bagaimana caranya dia melayan kakak. menghalang kami adik-beradik, anak-beranak, cucu-tokwan. lepas selesai segalanya legaaaaa mama sehingga kini. mama dah luahkan segalanya.

lama kelamaan hubungan makin renggang. lebih renggang dari dulu. boleh kata terputus langsung. bonda mama tabah hati. rindu pada cucu-cucu dicurahkan padaNYA. makin kuat dia beribadah. makin kuat dia mengaji. lagi kuat perasaan rindu dia mai lagi kuat dia mengaji al-quran. dia berserah pada ALLAH semata. apa sudahnya dia terima. bonda kata ALLAH tau segalanya, nanti la budak-budak tu besar dan berakal.

alhamdulillah......

dah menginjak dewasa cucu-cucunya, terutama si sulung. dia faham sendiri dengan perangai bapa. dia yang berusaha menghubungi tok kesayangannya kembali. dia yang berusaha mengunjungi tok kembali...walaupun cuma setahun sekali.

al-fatihah...


notakaki:
  • gambar aidilfitri tahun lepas
  • hazarina lebih kepada wajah ibunya
  • izwan bertopi
  • faiz berkacamata
  • reza berbaju kuning
  • arwah kakak mama: kanser payudara.
  • mama percaya arwah meninggal dengan mendapat syahid sebab en.A yang mengangkat jenazahnya untuk diletak di liang lahat dapat merasa lembutnya tangan arwah ketika membuka ikatan tali, tangannya terkulai jatuh.

3 komen kot

Anonymous Anonymous said...

semoga rohnya dicucuri rahmat. amin.

~hambaallah~

3/11/06 1:27 PM  
Blogger Ayu said...

semoga arwah diletakkan ditempat org-org yang beriman.. aminnnnnnn...

3/11/06 3:52 PM  
Blogger kakZ said...

amin...

4/11/06 8:50 AM  

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home