MAMA.....N.Ai.M.

di sini segalanya terhimpun...

Tuesday, September 26, 2006

1 Ramadhan untuk ainin

yaaa ni la ramadhan yang pertama bagi ainin. bukan maksud mama ainin baru lahir, hehehe...tapi ni la kali pertama dia belajar berpuasa. naim dulu masa kecil tak pemakan orangnya jadi seawal 4tahun dia dah boleh berpuasa. puasa penuh pulak tu. cuma ada 2 hari dia tak puasa sebab berada di kampung dan terikut-ikut ngan sepupu&pakmenakan yang tak puasa.

alhamdulillah dia dapat bangun sahur dengan senang. tak banyak merungut macam nak bangun pi sekolah. laju je. lepas je solat subuh mama suruh pi tidoq. tidaq lama-lama sikit, pesan mama. lagi lama tidoq lagi bagus. dia pon pelik pasai apa mama yang selalu marah kalau bangkit lambat bole suruh aku tidoq sampai tengahari. tapi dek kerna dah terbiasa bangkit jugak kalau dah siang tu, mata dia pon terbukak la. aisenmen....mau lebur awal ni.

mama pon layan abih la. suruh tengok katon banyak2, tengok vcd lagi (baik sungguh mama dia ari ni :D....heheh)

last-last...

"akak puasa tapi makan biskut bole kan?" paham dia kalau puasa tak bole makan nasi je kot. puas mama terangkan, tahankan, sabarkan dia. alih-alih....mama dok sibok bertalipon

11.15 dah lebur. apahal pun syukur la, hari pertama dapat hampir setengah hari. (cadang2 supaya dapat la sehingga zohor)

hari ke-2 tercapai la hajat mama nak dia berpuasa hingga zohor. ni pon sebab dengan bantuan tadika dia. tadika PASTI tu tak sediakan makanan pada bulan ni untuk melatih anak2 berpuasa. alhamdulillah. betul-betul tepat jam 1.30 dia berbuka dengan makanan kegemaran dia. BISKUT. betul la dia puasa nasi. waktu berbuka baru dia nak makan nasi :)

harap ari ke-3 ni dapat la tambah 1/2 jam lagi.

~entry color ni sebab ainin cukup suka ngan warna ni~

5 komen kot

Blogger PB said...

Kak Z..
yang kat umah tu , alhamdulillah setakat ni tiga tiga anak dara tu posa penuh. Tapikan, masa hari mula mula, adalah sorang tu, dah dekat 630ptg, dok mintak nak berbuka. Lapar katanya.

Respect PB pada anak anak zaman sekarang, kecik kecik dah puasa penuh. Dulu PB, darjah enam pun tak penuh lagi. kadang kadang sekerat hari jer (alasan, sebab tak cukup umur lagi , tak per, tak dosa).....

27/9/06 10:38 AM  
Blogger ummi said...

kakak mintak roti jem pukul 7pagi lepas janji nak posa. iman toksah ceritalah. mmg hebat minum susu. time azan maghrib je, dioranglah yang paling sibuk kat meja makan...

27/9/06 1:04 PM  
Blogger kakZ said...

PB: hehe...sama macam kakZ. agaknya orang dulu-dulu dalam pemikirannya.

la hai...dapat bebuka tak yang sorang tu? :D

----------------

ummi: amir (yang memang tak puasa)asyik nak makan dan offer kakak dia makan ni, makan tu. dugaan sungguh untuk kakaknya.

28/9/06 10:13 AM  
Blogger Pnut said...

kak org merbok ka???
tahun ni raya balik merbok ka???
boleh la pi beraya...sy ni tak der kampung kalau nak beraya di SP tak best, rumah mak kat taman sri tanjung tu, tok tak dak dah..mak-mak penakan semua dok umah taman,

boring betul...

29/9/06 11:33 AM  
Blogger kakZ said...

pnut: memang betui la tu. kecik tapak tangan nyiru akak tadahkan. mai la merbok. rumah yang kat entry akak tu rumah kat merbok la tu. (merbok pekan lama)

walaupun raya rumah taman, rasanya tak seboring raya kat kl. heheh..

2/10/06 12:43 PM  

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home